Pembangkang di Kelantan tidak matang pertikai soalan ditolak Speaker
KOTA BHARU, 7 Julai (Hrkh) � Tindakan pembangkang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang bertindak keluar dewan sebagai memprotes soalan ditolak, disifatkan wakil rakyat dari Perak dan Pulau Pinang sebagai tidak matang.
Adun Selinsing, Haji Hussin Din berkata, tindakan wakil rakyat berkenaan mencerminkan ketidakmatangan mereka mengambil bahagian dalam perbahasan di Dun.
�Dengan hanya beberapa soalan yang tidak dibenarkan Speaker mereka terus memboikot persidangan tersebut, sedangkan masih banyak lagi persoalan yang boleh dibahaskan sekiranya mereka berada dalam dewan,� katanya ketika ditemui di sini.
Beliau bersama empat lagi Adun Pakatan Rakyat dari Perak dan Pulau Pinang mengikuti persidangan Dun Kelantan yang bermula hari ini.
Ketika persidangan Dun bermula jam 9 pagi tadi ketua pembangkang, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad cuba membantah tindakan Speaker, Ustaz Nassuruddin Daud menolak beberapa soalan yang dikemukakan bagi mendapat jawapan mulut.
Bagaimanapun Nassuruddin menjelaskan soalan yang ditolak berdasarkan kepada Perkara 25 (1) dan 25 (2) Peraturan Tetap Dewan di mana ada soalan yang sudah dijawab dan terlalu umum.
Katanya berdasar kepada kuasa yang ada padanya maka soalan tersebut ditolak. Namun Mohd Alwi (BN-Kok Lanas) tetap mempertikaikan keputusan Speaker.
Ekoran itu beliau bertindak keluar dewan dengan diikuti Adun BN lain sebagai memprotes terhadap Speaker.
Kejadian itu berlaku ketika Speaker mahu mempersilakan Wan Hassan Wan Ibrahim (PAS-Semerak) bangkit mengemukakan soalan pertama bagi mendapat jawapan lisan.
Hussin berkata, sebagai wakil rakyat baru beliau mengambil peluang mengikuti perbahasan di persidangan Dun Kelantan yang sudah lama ditadbir di bawah kerajaan PAS.
"Saya berasa bertuah kerana dapat hadir di dewan ini dan mengikuti secara terus perbahasan walau pun hanya di kalangan wakil rakyat pihak kerajaan sahaja kerana pembangkang memulau.
"Perbahasan masih boleh berlaku di kalangan wakil rakyat parti yang sama asalkan boleh membawa manfaat untuk rakyat negeri ini," ujar beliau.
Menurutnya pada bulan lalu beliau bersama rombongan wakil rakyat di Perak yang diketuai Menteri Besar mengikuti perbahasan di parlimen.
Katanya beliau bersama Adun-Adun lain di Perak akan berkunjung ke setiap negeri di bawah Pakatan Rakyat bagi mengikuti persidangan Dun termasuk Pulau Pinang, Selangor dan Kedah.
Speaker Dun Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain berkata, tindakan Adun BN dianggap bercanggah dengan aspirasi rakyat di kawasan mereka.
"Apa ertinya sebagai wakil rakyat sekiranya Dewan tempat menyuarakan hasrat rakyat tidak digunakan sepenuhnya, janganlah kerana dengan penolakan beberapa soalan mereka terus mengambil sikap memboikot.
"Dahlah pembangkang di Kelantan hanya enam orang sahaja, ketua pembangkang keluar, janganlah yang lain juga turut sama," ujar beliau.
Ditanya pengalamannya sebagai Speaker di Dun Pulau Pinang beliau berkata, masih banyak lagi yang perlu dipelajari dan akan berkongsi pengalaman dengan Speaker Dun Kelantan.
Di Pulau Pinang sekarang hanya ada 11 wakil rakyat pembangkang.
Adun Semanggol, Ustaz Ali Ramli Tusin berkata, kehadirannya ke persidangan Dun Kelantan memberi banyak peluang untuk mengikuti isu-isu semasa yang berlaku biar pun tidak sama antara Perak dan Kelantan.
"Kami rasa bertuah kerana dapat berada di Dun Kelantan walaupun pembangkang tidak hadir, namun perbahasan tetap berlaku," ujar beliau.
Sementara itu, penyokong kerajaan memberitahu soalan mereka juga banyak yang ditolak namun tidak pula sampai mahu bertindak keluar dari Dewan

No comments
Post a Comment