Perbincangan Pemimpin Tertinggi PAS – UMNO: Strategi buruk UMNO yang korup!

 Umum mengetahui telah sekian lama PAS mengundang UMNO untuk bermuzakarah untuk menjelaskan sesuatu isu sensitif yang telah diputarbelikan media. Secara jelas kepimpinan PAS menggariskan beberapa syarat agar isu yang bakal dibincangkan tidak dimanipulate oleh pihak UMNO dan media. Namun undangan tersebut tidak pernah dilayan oleh oleh pihak UMNO kerana mereka tahu bahawa PAS dipihak yang benar dan mereka sebenarnya hanya mahu menegakkan benang yang basah.



Sekiranya diwaktu kerajaan BN didalam kedudukan yang mantap mereka memandang sepi seruan untuk bermuzakarah, maka adakah ikhlas sekiranya kini, didalam keadaan mereka yang begitu goyah mahu duduk semeja berbincang masalah ummah, masalah Islam dan mahu membuka jalan untuk tujuan penyatuan. TIDAK sama sekali. Strategi ini tidak lebih dari bertujuan untuk menggarap sebanyak mungkin kepercayaan pengundi2 Melayu yang sememangnya sudah hilang keyakinan dengan UMNO. Keputusan PRU12 lalu dengan sejelas-jelasnya menampakkan hilangnya sokongan pengundi Melayu. Dan kini mereka sedar, Islam adalah sesatunya yang mampu menyatukan umat Melayu yang mereka sendiri serba kekurangan disegi penyampaian mahupun perlaksanaan.

Sekiranya ditinjau mutakhir ini, terutama setelah berakhirnya penguasaan mutlak BN di Parlimen dengan kekalahan teruk PRU12 yang lalu, hentaman dan kecaman keatas PAS adalah agak berkurangan tetapi kecaman di alihkan kepada PKR dan DAP. Kita sedar, selain dari melihat akan kecemerlangan PKR dan kehebatan DSAI yang mengancam kedudukan BN dan UMNO, strategi UMNO adalah lebih kepada mengambil hati PAS. Maka isu2 perkauman dimainkan, DSAI di fitnah dan segala initiatif DAP terutama di Pulau Pinang di kecam dan semangat ketuanan melayu di api2kan. Mereka, melalui media arus perdana dan website2 tertentu terus-menerus mengadu-domba dan cuba melaga-lagakan PAS dan PKR serta DAP. Dan kini tiba masanya dimana pemimpin mereka di peringkat tertinggi sekalipun cuba menggambarkan seolah2 adanya pakatan atau perbincangan diantara pemimpin atasan PAS dan UMNO mencari jalan penyelesaian demi menjaga kepentingan umat Melayu. Mereka cuba menggambarkan seolah-olah PAS kini lebih hampir kepada BN dan bakal meninggalan pakatan rakyat (PR). Inilah strategi UMNO yang korup! Kelebihan mereka hanyalah media arus perdana dipihak mereka maka segala isu mudah diputar belitkan dan disiarkan buat tatapan rakyat terbanyak yang tidak mempunyai alternatif sumber berita.

Di dalam ruangan forum blog2 seperti TKO, begitu banyak forumer yang begtu jelas fikrah mereka. Selain cuba melagakan pemimpin2 PAS, mereka juga secara lantang cuba mempengaruhi forumer lain agar mempercayai kononnya mujud konspirasi PKR dan DAP. Tidak ada siapa yang mengetahui siapa mereka ini sebenarnya; adakah nick-name2 yang digunakan itu sebenarnya dimiliki oleh orang yang sama atau sememangnya individu-individu yang berlain,tetapi mesej mereka adalah sama…Kembalilah kepada UMNO. Saya yakin ada antara mereka ini berkemungkinan di”plant” oleh puak UMNO untuk membuat kacau di dalam website atau blog ini. Ada yang menyarankan agar PAS dan UMNO bersatu dan ada yang secara terang2 menyeru agar ahli2 PAS insaf dan segera meninggalkan parti yang pada mereka tidak ada “future”. Yang lebih teruk, ada yang mengecam kepimpinan ulama PAS dan menuduh TGNA dan TGHA adalah manusia sesat dan kini PAS adalah sebuah parti sesat lagi menyesatkan. Namun saya yakin, mereka ini tidak langsung mendapat tempat dihati forumer yang majoritinya adalah ahli2 PAS yang ikhlas duduk dan berjuang bersama PAS.

Saya yakin, dengan penjelasan pimpinan tertinggi PAS di dalam soal perbincangan dengan UMNO ini dapatlah memberi kelegaan dan yakin bahawa berita2 angin tersebut adalah karut dan hanya manipulasi media. Marilah kita sama2 berdoa agar kepimpinan tertinggi PAS, TGNA, TGHA, Dato’ Haron Din dan seluruh para ulama dan pmpinan yang selama ini bertungkus lumus memimpin dan berjuang untuk kepentingan Islam dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan senantiasa dipelihara daripada fitnah dan tohmahan yang boleh menjejaskan kestabilan parti dan perjuangan dalam membela Islam.

No comments

Powered by Blogger.