Wajibkan solat bagi semua pemimpin
Menteri besar Kelantan bercadang membawa usul untuk mewajibkan solat lima waktu dan solat Jumaat sebagai syarat wajib pengambilan bekerja bagi pemimpin semua peringkat, termasuk ketua jabatan dan kakitangan awam kerajaan negeri.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata syarat menunaikan solat itu akan dicadangkan sebagai satu kemestian dalam memegang jawatan seperti syarat kelayakan mesti lulus Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan, lapor Bernama.
"Saya akan mencadangkan di dalam dewan (undangan negeri Kelantan) sebagai syarat wajib untuk memilih jawatan ketua kampung, tok penghulu, pemimpin dan kakitangan awam. Mereka mesti menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat.
"Syarat ini bagi memastikan mereka yang dipilih adalah mereka yang menjaga akhlak mereka supaya menjauhi daripada elemen rasuah dan tidak bermoral," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita semasa sidang dewan itu berhenti rehat, di Kota Bharu hari ini.
Beliau mengulas soalan lisan wakil rakyat Demit, Muhamad Mustafa mengenai langkah kerajaan negeri bagi mengatasi gejala
meninggalkan solat khususnya solat Jumaat dan sejauh mana penguatkuasaan undang-undang terhadap isu itu.
Nik Aziz berkata mereka yang tidak menunaikan rukun itu mempunyai masalah di dalam hati, iaitu kelemahan di dalam nilai akhlak dan moral.
"Mereka yang tidak menunaikan sembahyang itu menunjukkan bahawa mereka sudah tidak takut kepada Tuhan, Tuhan yang maha berkuasa, apatah lagi kepada manusia, yang sememangnya kurang berkuasa.
"Mesti mereka ini tidak takut dan berani berbuat apa saja," katanya.
Sementara itu menjawab wakil rakyat yang sama, exco kerajaan negeri Mohd Amar Abdullah berkata Kelantan sedang menyiapkan enakmen bagi membolehkan mereka yang tidak menunaikan solat lima kali sehari dikenakan tindakan.
Pengerusi jawatankuasa pembangunan Islam, pendidikan dan dakwah dilaporkan berkata, kajian akhir bagi menyiapkan enakmen tersebut sedang dilakukan.
Enakmen ini akan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang apabila siap sepenuhnya, katanya seperti lapor Harakahdaily.net.
Tambahnya, hukuman bagi orang Islam yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut sudah ada - denda tidak lebih RM1,000 atau penjara kurang satu tahun.
Mohd Amar berkata, peraturan itu terkandung dalam enakmen di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik)

No comments
Post a Comment