keangkuhan membawa bala

Saya nak tanya dia nak tubuh kerajaan apa. Dalam keadaan sekarang BN ada 140 kerusi dia ada 81...satu bebas. Dalam keadaan begini pun dia kata kerajaan yang mempunyai majoriti 58 kerusi lemah … bayangkan kalau dia memerintah dengan kelebihan satu kerusi saja…bolehkah dia memerintah...tentu lagi susah - Nazri Aziz

Saya nak tanya dia nak tubuh kerajaan apa. Dalam keadaan sekarang BN ada 140 kerusi dia ada 81...satu bebas. Dalam keadaan begini pun dia kata kerajaan yang mempunyai majoriti 58 kerusi lemah … bayangkan kalau dia memerintah dengan kelebihan satu kerusi saja…bolehkah dia memerintah...tentu lagi susah - Nazri Aziz

Saya nak tanya dia nak tubuh kerajaan apa…

Berikut adalah petikan interbiu ringkas Nazri dengan Agendadaily di bangunan Parlimen petang Isnin.

.

Agendadaily: Anwar terus menerus mendakwa akan dapat membentuk kerajaan pada 16 September nanti.Bunyinya konfiden habis ?

Nazri : Saya nak tanya dia nak tubuh kerajaan apa. Dalam keadaan sekarang BN ada 140 kerusi dia ada 81…satu bebas.

Dalam keadaan begini pun dia kata kerajaan yang mempunyai majoriti 58 kerusi lemah … bayangkan kalau dia memerintah dengan kelebihan satu kerusi saja…bolehkah dia memerintah…tentu lagi susah.

Nombor dua, yang dia dakwa nak ambil 31 atau 32 orang Ahli Parlimen BN itu cara apa kalau tidak dengan cara bayar duit. Anihnya sampai sekarang kita tidak ada dengar pun Ahli Parlimen BN nak lompat ke sana walaupun percubaan telah dibuat banyak kali.

Jadi kalau kalau dia kata dia boleh dapat 30 lebih orang BN melompat ke dia, cara apa kalau tidak dengan rasuah. Mahukah kita terima sebuah kerajaan yang asal usulnya adalah rasuah.

Saya harap rakyat Malaysia memikir. Rakyat Malaysia ni kuat emosi. Saya nak ajak mereka berfikir jangan ikut emosi, pegang kepada fakta.

Bukan sekali tapi dah tiga kali percubaan untuk nak merampas kuasa dengan cara yang haram. Rakyat dah buat keputusan. Suka atau tidak suka Barisan Nasional dipilih untuk memerintah.

Saya pernah ditanya tentang Anwar berkata dalam masa enam minggu akan datang mereka akan bentang usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Saya tanya balik Anwar ni matematik dia dapat berapa…dia fail ke dia dapat A1.

Sebab saya tidak nampak bagaimana dia dengan 81 kerusi pembangkang dia boleh tubuh kerajaan. Pada saya 81 itu lebih kecil daripada 140 (kerusi BN). Jadi matematik dia ni dia dapat berapa? Pergi kot mana sekali pun 81 tetap 81 yang besarnya 140. Melalui apa yang dia nak buat ni?

Jadi rakyat Malaysia… marilah kita berfikir, jangan ikut sentimen dan emosi.

Agendadaily: Bagaimana pula tentang tindakan ‘suka-suka’ letak jawatan seperti yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr. Wan Azizah?

Nazri: Rakyat tentunya tidak mahu supaya Ahli-Ahli Parlimen sewenang-wenangnya melepaskan jawatan sesuka hati sama ada nak mengadu domba atau pun nak test kes.

Semua orang tahu yang kita ada undang-undang kalau orang meletakkan jawatan dia tidak boleh bertanding untuk tempoh lima tahun berikutnya.

Asasnya ialah kerana kita mahu perkara ini dianggap serius.Menjadi wakil rakyat ini pegang mandat rakyat.. kita tidak mahu membazirkan masa dan wang rakyat semata-mata untuk kepentingan peribadi. Jadi nampaknya Wan Azizah ni buat benda yang mana kita tidak mahu berlaku.

Jadi pertamanya mandat rakyat. Walaupun Anwar kata rakyat dah tahu ini buat sementara tunggu dia boleh aktif. Tapi itu hanya satu daripada beberapa fakta kenapa rakyat memilih Wan Azizah. Banyak fakta lain lagi bukan itu sahaja fakta.

Mungkin kemarahan rakyat, sentimen rakyat pada ketika itu, Jadi Anwar tidak boleh jawab kata rakyat dah tahu sementara saya nak habis edah (larangan ambil bahagian dalam pilihan raya). Bukan rakyat pilih Wan Azizah berdasarkan itu kerana rakyat dah pilih Wan Azizah kali ketiga.

Jadi rakyat pilih Wan Azizah kerana dia berjanji untuk menjadi wakil mereka. Kita semua tahu tempohnya untuk lima tahun. Kalau dia lepas jawatan ini makna dia hanya bermain-main sahaja dengan perasaan rakyat, mandat rakyat, bermain-main dengan demokrasi. Jadi itu bukan satu teladan yang baik dan saya harap Ahli-Ahli Parlimen jangan ikut contoh yang tidak baik ini. Kita bersumpah untuk jadi Wakil Rakyat.

Baru sahaja kita angkat sumpah beberapa bulan lalu untuk menjalankan tugas kita dengan sebaik-baiknya. Itu lafaz kita. Jadi bermakna bahawa dia tidak langsung berpegang kepada sumpah dan janjinya untuk membela rakyat.

Apa yang berlaku ini ialah kerana dia menganggap ini sebagai harta pusaka keluarga dia dan dia hanya main-main sahaja. Lebih untuk hendak mementingkan suami dia.

http://www.agendadaily.com

No comments

Powered by Blogger.