Ust Asri Menolak Tawaran, Pak Lah Pun Tak Pernah Membuat Tawaran

Bukan saya yang buat tawaran tersebut.tawaran itu mungkin dibuat oleh penduduk Permatang Pauh kerana Mohd Asri berasal dari kawasan itu.Apabila dia balik kampung, orang kampungnya menawarkan dia menjadi calon menentang Anwar - Pak Lah

Bukan saya yang buat tawaran tersebut.tawaran itu mungkin dibuat oleh penduduk Permatang Pauh kerana Mohd Asri berasal dari kawasan itu.Apabila dia balik kampung, orang kampungnya menawarkan dia menjadi calon menentang Anwar - Pak Lah

Abdullah Kata Beliau Tidak Buat Tawaran Kepada Mufti Perlis Jadi Calon BN Di Permatang Pauh

KUALA LIPIS, 5 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak membuat tawaran kepada Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk menjadi calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Perdana Menteri berkata tawaran itu mungkin dibuat oleh penduduk Permatang Pauh kerana Mohd Asri berasal dari kawasan itu.

“Apabila dia balik kampung, orang kampungnya menawarkan dia menjadi calon menentang Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” kata Abdullah kepada pemberita di sini pada Selasa ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Asri bahawa beliau ditawarkan menjadi calon tetapi menolaknya kerana beliau selesa dengan bidang keagamaan yang diceburi pada masa ini.

Abdullah berkata beliau tidak tahu bila tawaran itu dibuat.

“Bukan saya yang buat tawaran tersebut,” katanya.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh kosong setelah Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail melepaskannya bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan Parlimen itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat esok untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Mengulas tawaran bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor untuk menjadi calon, Abdullah berkata BN belum membuat sebarang keputusan mengenai calon yang sesuai bagi pilihan raya kecil itu.

Menurut beliau, Mohamad Ezam berhak untuk membuat tawaran itu tetapi segala keputusan bergantung kepada BN.

“Tidak apalah, itu soal dia. Apa yang penting ialah kita yang akan membuat keputusan,” katanya.

Ditanya mengenai penubuhan sekretariat Umno untuk memantau politik wang, Abdullah berkata sekretariat itu akan melaporkan kepada Lembaga Disiplin parti untuk tindakan lanjut.

“Terpulang kepada Lembaga Disiplin parti untuk mengambil tindakan selepas menerima laporan daripada sekretariat itu,” katanya.

BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.