ali patut letak jawatan! tun mahathir

Dr M: Mohd Ali patut letak jawatan KM

Setelah didapati bersalah oleh lembaga disiplin Umno atas tuduhan mengamalkan politik wang, Datuk Seri Mohd Ali Rustam patut mengosongkan jawatan ketua menteri Melaka, kata mantan perdana menteri.

“Ya, itu pandangan saya. Saya bukan ahli Umno pun. Tetapi itu pandangan saya. Apabila sesuatu pengadilan dibuat, ia mestilah konsisten dan digunapakai terhadap semua orang, dalam situasi yang sama.

mahathir and rais yatim pc 190309 04“(Sebagai contoh) kita tidak boleh kata, orang ini bersalah membunuh seseorang, jadi dia patut digantung.

“Untuk orang ini pula, oleh kerana dia orang penting, tidak perlu digantung. Kita tidak boleh cakap macam itu,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan presiden Umno itu menegaskan ketika ditanya soalan sama ada Mohd Ali patut kekal sebagai ketua menteri ekoran keputusan lembaga disiplin Umno semalam.

Dr Mahathir mengulas perkara itu dalam sidang media di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas di ibu negara petang ini.

Hadir sama ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dr Mahathir juga tidak menolak kemungkinan penyokong Mohd Ali akan memindahkan sokongannya kepada seorang lagi calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

“Ada kemungkinan mereka (penyokong Mohd Ali) akan menyokong Muhd Taib. Muhd Taib akan menang. Tetapi keputusan yang sebenar akan dilihat dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Sokong Muhyiddin

“Apabila rakyat mendapati parti (Umno) memilih orang sebegitu, mereka akan membuat keputusan (dalam pilihanraya). Jadi terpulang kepada parti untuk memikirkan.

“Perwakilan (Umno) mesti memikirkan tanggungjawab mereka. Kalau mereka memilih orang yang tidak dihormati rakyat terbanyak dan pengundi, akhirnya parti akan kalah dalam pilihanraya,” katanya.

Beliau juga mengisystiharkan sokongan terbukanya kepada seorang lagi calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

mahathir and rais yatim pc 190309 06“Saya rasa, apa yang tinggal, orang yang tidak boleh membaca dan bercakap dalam bahasa Inggeris.

“Itu sebab dia buat kesalahan di Australia, kerana dia tidak baca Inggeris.

“Pilihan saya Muhyiddin,” kata Dr Mahathir dengan sinis.

Pada 1999, Muhammad dilaporkan gagal mengisytiharkan wang tunai sebanyak RM2.4 juta di Australia.

Sewaktu memberi keterangan dalam mahkamah, beliau dilaporkan memberikan alasan tidak memahami bahasa Inggeris, dan kemudiannya didapati tidak bersalah.

Mengulas peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak, Dr Mahathir menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan timbalan presiden Umno itu, tetapi dengan syarat “tidak melantik pemimpin yang korup dalam kabinetnya”.

Beliau turut membidas kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang memohon Yang di-Pertuan Agong yang sedang bersidang supaya tidak melantik Najib sebagai perdana menteri.

“Kalau saya jadi (Yang di-Pertuan) Agong, saya tak mahu baca apa pun pasal ni. (Pandangan) bodoh sangat. Siapa dia (Zaid) yang gamak dia nak? Dia nak Pak Lah balik?” katanya.

Malaysiakini

No comments

Powered by Blogger.