bukit gantang: wahai pemimpin, dengar la teguran ini
Dalam perjalanan ke Matang Gelugor tengahari tadi, aku cukup seronok tengok pembangunan mee segera. Kat tengah Simpang ada orang buat jalan, kat kampung orang buat jalan, kat tepi restoran pun orang dok buat jalan.
Memang rezeki orang Bukit Gantang. Tak sia-sia Tuhan memanggil Ustaz Roslan Shahrom kembali keasalnya. Ini lah pengorbanan Ustaz Shahrom kepada rakyat. Dia tak perlu berhadapan dengan puak-puak yang tak sedar diri tu, dalam masa yang sama…rakyat mendapat faedah diatas pemergian beliau.
Kemudahan-kemudahan macam ni memang susah nak dapat kalau tak ada pilihanraya. Tu pasai…kalau boleh kita adakan pilihanraya sepanjang tahun. Lepas satu tempat..kita pindah kat tempat lain. Rakyat dapat pembangunan..aku pun ada kerja. Kalau tak ada pilihanraya…kami geng bloggers ni dah tentu balik kampong…ada yang turun kelaut, ada yang motong getah..ada yang cari garam bukit.
Sementara menunggu Dato Fauzi sampai diMatang Gelugor, aku bersembang dengan geng-geng kat sana…korek maklumat. Dapat la sikit-sikit.
Aku dok heran…pasai apa taiko-taiko Umno tak turun lagi kat Bukit Gantang? Rupa-rupanya depa tengah dok mesyuarat untuk Perhimpunan Agung Depa. Malam tadi…Dr. Mashitah datang ke Changkat Jering..bagi ceramah dalam Ehwal Islam.
Cara cakap dia pun lain macam. Dok suruh orang Bukit Gantang pilih pemimpin yang berakhlak, beriman dan bertaqwa. Baguih la kalau macam tu. Tapi kalau Najib jadi PM….dia setuju ka? Cara cakap dia macam minta orang Umno Bukit Gantang tok sah terima Najib…tapi pertahankan Pak Lah.
Malam tadi…ada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Sepatutnya, mesyuarat tu merupakan mesyuarat terakhir Pak Lah sebelum melepaskan jawatan kepada Najib. Tapi Pak Lah langsung tak cakap macam dia dah nak pi! Tak cakap pun selamat tinggal ataupun mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu beliau sepanjang menjadi PM. Pak Lah tak jadi berhenti ka?
Elizabeth Wong juga dah jumpa Tan Sri Khalid. Dengaq cerita…Eli nak letak jawatan dan Tan Sri Khalid pun dah setuju. Cuma tunggu masa yang sesuai untuk buat pengumuman. Mungkin selepas PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Fairus pun dah letak jawatan TKM…dan akan meletakkan jawatan ADUN Penanti tak lama lagi. Yahooo!! ada lagi pilihanraya!!!
Tahun ni kita raya sakan. tapi bagi chance la kami rehat sikit sambil cari duit untuk pilihanraya kecil Bukit Lanjan dan Penanti. Tak kan nak harap derma saja.
Orang dok ingat…kami ni dapat duit dari parti, dapat duit dari kerajaan negeri. Tapi sebenarnya kami hidup dengan ihsan rakyat Malaysia. nak harapkan parti…memang tak harap. Tu pasai…bila kami nak balun parti, kami balun. Sebab kami bukan hidup dengan ihsan parti.
Tu sebab bila kami kritik kat pemimpin PR…hangpa kena beringat. bukan kami nak bagi runtuh..tapi kami nak bagi baik. Pemimpin-pemimpin PR yang angkuh dan tak tau macam mana nak memimpin…siap la kena balun.
Beberapa ahri lalu, PKR Perak buat mesyuarat. Dan dalam mesyuarat tu, ada la hamba Allah yang minta PKR Perak bagi sumbangan kepada Bloggers Network. Aku tak mintak pun!!
Tapi Ketua Perhubungan PKR Perak bagi tau..”kalau ada Matsamankati, seduit pun dia tak kan bagi.” Fuiyo!! marah sungguh Hj. Osman nampak?
Aku nak bagi tau kat Hj. Osman…aku tak mintak pun. Selama ni pun…satu sen pun aku tak pernah terima dari dia. dan aku nak bagi tau kat Hj. Osman…turun la ke Bukit Gantang. Jangan la turun bila Anwar datang. Janganla cuma nampak muka dimajlis pelancaran saja.Lepas tu hilang. Kalau Hj. osman boleh meluangkan masa lepak dengan Jamaludin kat Grand Season Hotel…tak kan tak boleh turun bantu pilihanraya kot.
Dan bila datang tu…tegoq-tegoq la orang yang teruk buat kerja. Jangan la turun Merc..terus cari pentas. Pemimpin macam ni tak payah pun tak apa.
Fairus dah turun. Hj. Osman pun patut turun jugak la.
matsaman kati!
kita akan turun kan pemimpi yang tak pandai buat kerja! berhati-hati lah wahai pemimpin kita!
kita tak mahu sama macam umno!
No comments
Post a Comment