UMNO EKSPLOIT AKUJANJI PEMINJAM AMANAH IKHTIAR & PENERIMA BANTUAN KPW

cyberboron, Sunday, March 22, 2009

AWAS!!!! UMNO sedang bergerak melalui agensi yang menguruskan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)dan bantuan Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW). Peserta AIM yang dikenali sebagai 'sahabat AIM' dan peserta KPW di kawasan Parlimen Bukit Gantang diugut secara halus agar tidak terlibat dengan sebarang program/aktiviti Pakatan Rakyat dan jangan mengundi PAS-PR dalam PRK pada 7 April nanti.

Perjumpaan mingguan sahabat AIM digunakan sebagai pentas kempen UMNO manakala peserta KPW dikunjungi oleh pegawai dan kakitangan agensi berkenaan di rumah masing-masing. Peserta kedua-dua skim itu yang kebanyakannya adalah wanita, diarahkan supaya memastikan suami dan anak-anak mereka memberikan kerjasama dan sokongan kepada BN sepanjang tempoh kempen sehingga hari mengundi. Mereka akan disenarai-hitamkan sekiranya didapati menyokong Pakatan Rakyat. Pegawai dan kakitangan agensi berkenaan juga membayangkan ada pinjaman dan bantuan tambahan kepada peserta-peserta yang membuktikan sokongan tidak berbelah bagi kepada UMNO-BN.

Petugas-petugas PR di peringkat peti undi dan lokaliti dinasihatkan supaya memberi tumpuan kepada penerima pinjaman dan bantuan itu supaya tidak tertipu dengan ugutan yang menyalahi undang-undang dan prinsip perkhidmatan agensi kerajaan. Peserta skim itu perlu difahamkan bahawa mereka tidak terikat untuk menyokong dan mengundi BN walau pun terlibat dengan skim itu.

No comments

Powered by Blogger.