exco haram BN bagi nasihat...
SUNGAI MANIK: Rakyat Perak diingatkan tidak terpedaya dengan tindakan agresif pembangkang yang sengaja memainkan isu sensitif bagi menimbulkkan kemarahan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sekarang.
Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Zainol Fadzi Paharuddin, berkata pembangkang yang masih berdegil dan tidak mahu menerima hakikat sudah kehilangan kuasa, sanggup melakukan apa sahaja untuk mengganggu pentadbiran kerajaan BN.
"Pembangkang sengaja mempertikai kuasa Sultan, mencabar polis serta pentadbiran awam dengan mendakwa kononnya sudah mengikut telunjuk kepimpinan BN, sedangkan institusi kerajaan sebenarnya bersikap profesional dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
"Saya percaya mereka akan terus melakukan kekecohan dan tindakan liar bagi menggambarkan seolah-olah negeri ini belum tenteram kerana kononnya ditadbir oleh kerajaan yang tidak sah," katanya berucap kepada penduduk Perumahan Awam Chenderong Balai dekat sini, hari ini.
Zainol yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik, mengakui rakyat yang keliru dengan perkembangan politik di Perak akan mudah terpengaruh dengan taktik pembangkang yang ingin berkuasa semula dengan membelakangkan perkenan Sultan.
"Pembangkang tahu pelantikan Menteri Besar adalah dalam bidang kuasa Sultan Perak, bukannya diputuskan oleh rakyat, tetapi mereka sengaja membesar-besarkan isu itu yang bercanggah dengan undang-undang tertinggi di negeri ini untuk menaikkan emosi rakyat," katanya.
er....uwekkk...uwekk....uwekkk.....sedap tazkirah hang.....sampai muntah.....makan duit pun rakyat punya...puji polis? puji sultan?....BN semua halal..pakatan semua haram..ni jenis exco xda pikiran!
No comments
Post a Comment