rafidah yang tamak!
KOTA BAHARU: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz, menolak cadangan untuk dilantik sebagai penasihat pergerakan itu kerana berpendapat fungsi jawatan itu tidak memberi kesan yang kuat kepada pergerakan dan parti.
Sebaliknya, beliau mahu diberikan peluang oleh perwakilan untuk terus menerajui Wanita Umno atau lebih baik beliau tidak diberikan langsung sebarang jawatan.
Beliau berkata, hasratnya adalah untuk menjadikan Wanita Umno pergerakan yang berkesan dalam memperjuangkan misi dan visi wanita seiring pembangunan negara.
"Kalau saya nak jadi penasihat mesti dari dalam bukan dari pinggir sahaja,(kalau dari pinggir) tidak perlulah," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan dan ramah mesra antara calon Wanita Umno dengan perwakilan Wanita Umno Kelantan di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kesediaan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang turut hadir pada majlis yang sama, untuk memberikan peluang dan tempat kepada Rafidah sekiranya beliau menang pada pemilihan parti dalam Perhimpunan Agung Umno 24-28 Mac ini.
Shahrizat yang menentang Rafidah bagi jawatan ketua pergerakan itu, berkata beliau sedia memberi peluang dan melantik Rafidah untuk memegang jawatan yang penting dalam Wanita Umno sekiranya beliau menang.
Beliau berkata, jasa dan pengorbanan Rafidah sebagai pemimpin wanita adalah besar dan perlu diberi keutamaan dalam membantu merealisasikan misi dan visi wanita yang belum tercapai.
"Kita tidak akan lupa jasa dan pengorbanan pemimpin wanita yang banyak berjasa kepada parti," katanya.
Shahrizat juga berkata, kaum wanita perlu berani membuat perubahan bagi menentukan masa depan mereka lebih baik. - Bernama
atuk dah takda guna dah tau...semua orang tak mau kawan dengan atuk... tak puas lagi ke atuk nak balun projek?

No comments
Post a Comment