JobsMalaysia.gov.my iklan 66,700 jawatan

PUTRAJAYA: JobsMalaysia.gov.my laman web yang dikendalikan Kementerian Sumber Manusia Manusia mengiklankan 66,700 jawatan dalam pelbagai sektor untuk mereka yang terbabit dalam pemberhentian kerja secara tetap dan sementara.

Antara kekosongan jawatan yang ditawarkan ialah pegawai kanan dan pengurus, juruteknik dan profesional bersekutu, operator loji, mesin dan pemasangan dan pekerja asas.

JobsMalaysia (sebelum ini dikenali sebagai Sistem Penjodohan Pekerjaan (JCS) di ELX) adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan kementerian itu. Ia memberi kemudahan kepada pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan bersesuaian.

Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Menerusi sistem ini, pencari kerja boleh membuat permohonan pekerjaan dan majikan boleh menguruskan permohonan dengan semua kemudahan yang disediakan adalah percuma.

Menurut laman web itu, sehingga semalam jumlah pencarian tertinggi dicatatkan adalah pekerjaan sebagai juruteknik dan profesional bersekutu, iaitu 71,416 diikuti profesional (61,839), pekerja perkeranian (50,735), pegawai kanan dan pengurus (25,242), operator loji, mesin dan pemasangan (16,214), pekerja asas (14,109), pekerja perkhidmatan, pekerja kedai dan jurujual (8,827), pekerja pertukangan (2,498) serta pekerja mahir pertanian dan perikanan (149).

Sebelum ini, kementerian menganggarkan 7,000 pekerja dalam pelbagai sektor bakal diberhentikan hingga akhir tahun ini berikutan masalah ekonomi dunia.

Sejak 1 Oktober lalu sehingga 25 Februari, sebanyak 22,887 pekerja diberhentikan iaitu masing-masing 17,821 membabitkan pemberhentian tetap dan baki 5,066 menerusi skim pemisahan sukarela (VSS).

Selain pemberhentian tetap dan VSS, sebanyak 45,614 lagi pekerja terbabit dalam pemberhentian sementara dan 22,965 pekerja dalam skim pengurangan gaji yang dilaksanakan majikan masing-masing.

Berikutan itu, kementerian menyediakan pelbagai program bagi membantu pekerja yang diberhentikan membabitkan peruntukan RM220 juta menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama.

Daripada jumlah itu, RM100 juta diperuntukkan kepada program pekerja yang diberhentikan, program graduan menganggur RM70 juta dan program untuk belia RM50 juta.

jom daftar bagi yang menganggur.... tengok macam mana punya program!

No comments

Powered by Blogger.