Pakatan Rakyat gagal tunai janji ditaburkan?

GEORGETOWN: Gerakan menyifatkan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang gagal menunaikan pelbagai janji yang ditaburkannya, sejak menerajui negeri ini setahun lalu.

Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Teng Hock Nan, berkata ia menunjukkan kerajaan negeri 'cakap tidak serupa bikin' dan bertentangan slogan mereka ‘Cekap, Bertanggungjawab dan Telus (CAT)’ yang dilaungkan setiap hari.

Sambil melahirkan kekecewaannya, beliau berkata, selepas setahun berlalu, rakyat negeri ini masih kabur dan keliru mengenai manfaat diperoleh mereka sejak pentadbiran kerajaan baru.

“Contohnya, Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak pernah memberi gambaran jelas mengenai faedah boleh dinikmati rakyat menerusi kejayaan membawa pelaburan RM10 bilion di negeri ini. Apa yang menjadi persoalannya adakah ia benar seperti dilaporkan media," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program 'Pantau CAT' bertujuan memantau dan menilai prestasi kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang selepas mengambil alih negeri itu daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) 8 Mac 2008.

Teng turut mencabar kerajaan negeri mendedahkan maklumat lengkap berhubung pelaburan yang sering diuar-uarkan jika mereka benar-benar mentadbir Pulau Pinang secara telus.

lain kali anwar kena ajak la jugak pemimpin BN ni time bagi pidato...depa dok mamai lagi tu kahkahkahkah

No comments

Powered by Blogger.