lembaga pelik! keputusan pelik!

KUALA LUMPUR 18 Mac - Lembaga Disiplin UMNO menolak pandangan umum dan tuduhan bahawa keputusan yang dibuat terhadap beberapa ahli UMNO yang didapati bersalah di bawah tataetika parti sebagai tidak tepat atau berupa konspirasi politik.

Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menegaskan, semua keputusan dibuat berdasarkan bukti-bukti bagi setiap kes yang dibicarakan dan juga keterangan yang diperoleh semasa penyiasatan serta pendengaran.

"Keputusan bukan berdasarkan tuduhan-tuduhan melulu atau hearsay (dengar cakap)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Lembaga Disiplin UMNO mengumumkan 15 daripada 29 ahli UMNO yang disiasat pihaknya didapati bersalah dengan kebanyakannya berkaitan dengan amalan politik wang.

Antara yang menarik perhatian umum ialah calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang didapati bersalah melakukan politik wang dan dilarang daripada bertanding atau terpilih sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Banyak pihak yang kurang berpuas hati kerana calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin turut didapati bersalah kerana terbabit dalam amalan politik wang tetapi hanya diberikan amaran.

Tambah Ahmad Rithauddeen, walaupun Lembaga Disiplin bukan mahkamah, namun asas keadilan sejagat dan hukuman berdasarkan fakta serta keterangan sentiasa menjadi pegangan ahli-ahlinya ketika membuat sesuatu keputusan.

"Justeru, tidak timbul soal pilih kasih atau konspirasi politik seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak," katanya.

Katanya, ahli-ahli Lembaga Disiplin terdiri daripada tokoh politik yang telah bersara dan tiada apa-apa kepentingan atau penglibatan dalam apa-apa pertandingan bagi sebarang jawatan dalam parti.

"Mereka tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam membuat sesuatu keputusan termasuk dari pihak atasan," jelasnya.

Kata beliau, Lembaga Disiplin tidak mempunyai kuasa seperti yang ada pada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memaksa saksi-saksi tampil memberi keterangan.

Disebabkan itu, jelasnya, adakalanya sesuatu kes tidak dapat diselesaikan secepat yang dikehendaki.

Sebaliknya, kata beliau, sekiranya sesuatu kes itu diputuskan secara tergesa-gesa tanpa bukti mencukupi, Lembaga Disiplin akan berdepan dengan kecaman daripada ahli-ahli UMNO dan orang ramai.

"Pendek kata, Lembaga Disiplin sentiasa berada dalam keadaan serba salah iaitu dibuat salah, tidak dibuat pun salah," katanya.



kahkahkah...lembaga paling pelik... kahkahkah..... orang boleh komen keputusan! kahkah.....ali wat la rayuan! kahkahkah..... bakal TPM awal-awal lagi dah rasuah!

No comments

Powered by Blogger.