nak dapat datuk seri kena beli?
Lima suspek jual gelaran Datuk Seri ditahan
IPOH 18 Mac - Lima suspek anggota satu sindiket penipuan yang menawarkan gelaran Datuk Seri dan Datuk menggunakan nama Kesultanan Perak ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak.
Mereka yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 hingga 40-an ditangkap di sekitar ibu negara serta di sini, malam tadi dan hari ini.
Pengarah SPRM negeri, Bahri Mohamad Zin berkata, sindiket berkenaan dipercayai bergerak aktif di seluruh negara dan telah memperdayakan tiga ahli perniagaan dari negeri ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kerugian yang dialami mangsa.
''Sindiket ini meminta wang antara RM200,000 hingga RM400,000 daripada mangsa yang hendak mendapat gelaran Datuk Seri dan Datuk," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Bahri berkata, pihaknya percaya dapat melumpuhkan sindiket tersebut dengan tertangkapnya lima suspek berkenaan.
''Kita juga sudah mengenal pasti beberapa lagi ahli sindiket ini dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.
''Selain itu, kita minta sesiapa yang pernah didatangi sindiket ini supaya tampil bagi membantu siasatan," ujarnya.
Beliau berkata, lima suspek berkenaan ditahan reman selama tiga hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
terfikir...SRK kat elaka macam mana erk? kesian....tak leh nak tolong ali rustam pun....memang takda guna la SRK ni...buat malu ali ada la. kahkahkahkah!

No comments
Post a Comment