Mapuh UMNO! Kepada Celaka UMNO!! - PRK059 PAS Akan Menang
Rakyat Kelantan terdidik dengan berkongsi akan ilmu politiknya dengan sekitar sekiranya ia ada sesuatu yang boleh dikongsi.
Percaya atau tidak, ayat ini selalu terpacul daripada pihak yang marah akan UMNO.
"Mapuh UMNO!"
Ia dijadikan ayat kebiasaan, apabila UMNO dibicara dan dibincangkan. Kalau tak percaya, cuba tanya rakyat Kelantan.
Mungkin, disebabkan selalu disebut dan didoakan. Kini, UMNO sudah diambang kepupusan, berlakunya kepincangan dalam kepimpinan, strategi dan arah tuju mereka dalam merencana kebobrokan di Malaysia ini.
Setengah pendapat mengatakan kepada saya;
"Jika anda hendak mengetahui akan kematangan politik sesuatu negeri, cubalah masuk ke kedai kopi@warung@restoran@mana-mana sahaja asalkan ada manusia berkumpul. Apakah perkara yang dibincangkan. Jika ia membicarakan hal politik, nescaya penduduk di negeri tersebut adalah matang dalam berpolitik."
Ahah!, ini telah berlaku di Kelantan. Rakyatnya amat matang dalam berpolitik, mereka tidak takut berbicara akan hal politik, tidak kira marahkan UMNO ataupun marahkan PAS. Disebabkan dengan keterbukaan tersebut, rakyat Kelantan berani memberi amanah kepada PAS untuk terus menerajui Kelantan.
Seterusnya ia mengangkat darjat rakyat Kelantan, dihormati atas dasar berprinsip apabila berpolitik.
Dan, saya ingin mengaitkan apa yang terjadi di Perak.
Di Perak, pada PRU12, rakyat Perak sudah berani membuat perubahan, walaupun tidak banyak akan tetapi ia amat membanggakan dari rekod yang terdahulu.
Setelah, Najib dan juak-juak CELAKAnya merampas Perak secara rampasan kuasa yang amat KEJI. Kebangkitan rakyat Perak dalam berpolitik terus meledak, masing-masing sudah mula, mula mengambil tahu apa yang terjadi dalam pentadbiran Perak. Dan paling nyata telah mengambil cakna tentang Kerajaan Negeri Perak. Jika dahulu, saya amat yakin, rakyat Perak tidak pernah mengambil cakna akan perihal Kerajaan Negeri Perak, terus memberi mandat kepada Barisan Nasional tanpa ada persoalan dan keraguan, akibatnya mereka ditikam dari belakang, tanpa sedar oleh UMNO CELAKA ini.
Rampasan kuasa tersebut, telah menyedarkan banyak pihak di Perak akan CELAKAnya UMNO. Dulu, kini dan selamanya memang CELAKA UMNO.
Oleh itu, kita sedaya upaya, tingkatkan kefahaman rakyat Perak, untuk terus berbicara akan hal politik ini, supaya UMNO CELAKA tidak boleh terus menerus menipu dan memperkudakan rakyat Perak sepertimana mereka ini fikir akan mudahnya untuk mengguling Kerajaan PR Perak.
Saya yakin dan percaya. Rakyat Perak mampu mengubahnya dan berpolitik secara matang.
Jika di Kelantan, menggunakan slogan "Mapuh UMNO!", di Perak pula, cuba biasakan diri dengan "CELAKA UMNO!".
Semoga, dengan pertolongan Allah dan kekuatan jentera yang dilancarkan PAS akan memenangi PRK 059. Dan, seterusnya menidakkan UMNO yang CELAKA itu.
Bersama berpolitik secara matang. Bukannya gengster!.
http://peraknews.blogspot.com/2009/03/mapuh-umno-kepada-celaka-umno-prk059.html
5 comments
menarik tajuk tu !
memang tepat dengan ajaran celaka syaitan supaya kita maki hamun dan caci sesama saudara seagama kita.
kan?
tahniah !!!
jarang ada orang macam saudara di dunia ini kecuali orang seangkatan dengan saudara sahaja.
Alhandulillah! Maka berjaya lah kaum kafir menggunakan melayu yang berhajat untuk memerintah bagi meghancurkan melayu yang sedang memerintah. Allahuakbar. Hidup DAP. Hidup Karpal Singh. Hidup Lim Kit Siang. Mampus semua melayu UMNO supaya semua melayu termasuk melayu PAS kan mampus juga sudahnya.- BERANIKAN HATI > http://braveheart-blogger.blogspot.com
Tahniah....
Kerana anda memulakan apa yang terjadi 400 tahun lalu......
Negeri Kelantan Meliputi Pattani hingga Semenanjung Kera...
Tapi yang tinggal kini se kakang kera... fikir-fikrkanlah....
AKU MOHON PADA MU YA ALLAH..!
ALLAH YANG MAHA KUASA KAU MUSNAHKANLAH PARTI DAP, PAS, PKR DARI ARENA POLITIK MALAYSIA NI.
AMIIIIIIIIIN....
hak hak hak ini blog budak yang sudah putus kasih sayang, putus asa terhadap nikmat yang diberikan Allah s.w.t
Post a Comment