mb haram bercakap pasal halal dan haram pentadbiran..

''PAC tidak mempunyai kuasa untuk bermesyuarat semasa Dewan ditangguhkan walaupun ia mempunyai kuasa untuk berjalan," katanya.

Zambry juga mendakwa mesyuarat itu melanggar prinsip keadilan sejagat kerana Pengerusi PAC Perak, Wong Kah Woh merupakan pengadu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang bersidang pada 18 Februari.

Katanya, ia akan menimbulkan isu prejudis dan tidak adil kepada Kah Woh.

Sebelum ini, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung dan melarang Zambry dan enam lagi Exco Kerajaan Negeri daripada menghadiri sidang DUN ekoran laporan yang dibuat oleh Kah Woh dengan alasan pelantikan mereka menghina DUN.

Selain itu, Zambry mendakwa, surat yang dikeluarkan oleh PAC Perak sangat mengelirukan kerana meminta beliau hadir pada Khamis, 3 Mac 2009 pada pukul 4 petang sedangkan tarikh pada hari tersebut ialah 5 Mac.

Atas alasan-alasan itu, beliau mengambil keputusan untuk tidak hadir pada mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, mesyuarat itu tidak sah dan tidak perlu diberikan liputan.

Dalam pada itu, Kah Woh pada sidang akhbar selepas itu menegaskan, mesyuarat tersebut adalah sah.

Beliau berkata, empat individu yang gagal hadir itu akan diberi notis untuk memberi keterangan di hadapan PAC Perak pada 13 Mac ini.

''Kita di sini bukan untuk menghukum tetapi kita cuma mahu membuat syor kepada Dewan," katanya.


kehkehkehkeh.....hang tu....makan duit haram kahkah....

No comments

Powered by Blogger.