tuanku.......


SULTAN Azlan Shah berbual mesra dengan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang melakukan kunjungan hormat ke atas baginda di Istana Perak, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 5 Mac - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir melakukan kunjungan hormat ke atas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Perak, Jalan Changkat Persekutuan di sini hari ini.

Baginda turut diiringi Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud; anakanda baginda, Tunku Ali Redhauddin yang juga Tunku Besar Seri Menanti dan Tunku Zain Al'Abidin.

Rombongan baginda disambut oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah; Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim dan kerabat diraja lain sebelum dibawa ke Bilik Merah istana itu.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.

Sempena kunjungan itu, Sultan Azlan telah berkenan untuk menganugerahkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (DK) kepada Tuanku Muhriz.

Istiadat itu berlangsung kira-kira 10 minit sebelum baginda berdua dan rombongan berangkat untuk santapan tengah hari.

Tuanku Muhriz, 60, dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember lalu berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman dua hari sebelum itu.

No comments

Powered by Blogger.