percayalah botak bercakap benar..
Menteri Dalam Negeri itu berkata: ‘‘Uthayakumar dari semasa ke semasa enggan menerima rawatan yang dijadualkan serta ubat-ubatan yang dibekalkan.
‘‘Berdasarkan rekod Tempat Tahanan Perlindungan (TTP) Kamunting, Taiping, Uthayakumar telah 18 kali menolak untuk rawatan dan ubat- ubatan termasuklah di Institut Jantung Negara (IJN).”.
Syed Hamid dalam kenyataan akhbar di sini berkata, antara rawatan yang ditolak oleh Uthayakumar ialah pemeriksaan doktor pakar Hospital Taiping pada 28 April 2008, kardiologi di Hospital Pulau Pinang (6 Mei 2008) dan temu janji dengan IJN (22 Mei 2008).
Beliau menambah, tahanan juga enggan diperiksa oleh doktor panel penjara untuk ujian kandungan gula dan bulanan (31 Oktober 2008), tidak mahu jalani ujian darah di klinik tempat tahanan (22 Januari 2009) dan enggan menerima rawatan di Hospital Taiping (13 Februari 2009).
Sungguhpun begitu, Syed Hamid memberitahu, sejak Uthayakumar dikenakan perintah tahanan pada 13 Disember 2007, beliau telah diberikan rawatan dan menerima pemeriksaan kesihatan daripada doktor panel kerajaan dan Hospital Taiping sebanyak 42 kali.
Di samping itu, beliau juga telah dibekalkan dengan ubat-ubatan secara berkala dari hospital sama.
aku dah merayu pun..tapi ramai tak caya cakap botak tu..kehkehkeheh....hang memang cakap putar alam mid.... polis hang gunakan nak selamatkan umno...pukida hang bela mid...puuuuuiiiihhhhhhh!!!!!
No comments
Post a Comment