melayu umno!

'Jangan cuba bangkit kemarahan orang Melayu'

KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno mengingatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak membangkitkan kemarahan orang Melayu dengan perbuatan biadab dan membelakangi adab serta adat negara ini.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata Malaysia ada adab serta adat yang sentiasa dipertahankan dan menjadi lambang kepada kemakmuran negara yang harus dipertahankan setiap rakyat.

Katanya, sesiapa yang hendak tinggal di Malaysia termasuk Karpal mesti faham adat resam serta adab dalam negara ini.

"Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu celupar dan pernah kena tampar akibat perbuatannya yang melampau itu.

"Negara ini ada adab serta adat dan perbuatan Karpal tidak sesuai untuk Malaysia yang sentiasa mengekalkan keamanan dengan mengelak ketegangan kaum," katanya selepas merasmikan bangunan pejabat Risda jajahan Kelantan Utara, di Pasir Mas, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Karpal yang memaki Pemuda Umno sebagai celaka sehingga menimbulkan kekecohan di lobi Parlimen, Khamis lalu.

Di KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menyifatkan perbuatan Karpal itu selain hendak menyaman Sultan Perak sebagai provokasi dan sengaja mahu menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen itu juga adalah keterlaluan dan mencetuskan kemarahan bukan saja di kalangan Pemuda Umno, malah masyarakat Melayu.

"Saya rasa itu keterlaluan kerana beliau mengeluarkan kenyataan secara umum terhadap Pemuda Umno," katanya selepas merasmikan Hari Keluarga Wisma Darul Iman, di Pusat Dagangan Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

puuuuuiiiiiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhh!!!!!!!!!!!! p main jauh

No comments

Powered by Blogger.