NAJIB RAZAK ...DIKTATOR MALAYSIA
Reaksi Najib Razak terhadap tindakan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak mendakwanya terlibat menawarkan wang berjuta ringgit dan pangkat agar mereka meninggalkan parti masing-masing untuk menyertai Barisan Nasional atau menjadi ADUN Bebas membayangkan jenis manusianya apabila dia menjadi pemimpin nombor satu Negara. Ringkasnya dia bukan seorang yang liberal, berhemah dan jauh sekali seorang yang demokratik. Dia bukan seorang Demokrat.
YB Keshvinder Singh, Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Kawasan Malim Nawar dari DAP membuat laporan kepada SPRM menyatakan bahawa beliau telah beberapa kali menerima tawaran dari beberapa orang agen yang dikatakan mewakili Datuk Seri Najib supaya beliau meninggalkan DAP dan berpindah kepada Barisan Nasional atau menjadi Ahli Bebas.
Ahli Berhormat Malim Nawar itu menyatakan juga bahawa beliau ditawarkan hingga RM20 juta serta ditawarkan menjadi Ahli Exco Kerajaan BN Perak jika menyertai Barisan Nasional dan akan diangkat menjadi Pengerusi MIC Negeri Perak.
Seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang menerima tawaran lumayan dari segi wang tunai dan konsesi balak adalah Yang Berhormat Abdul Yunus Jamsari, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Kurau dari Parti Keadilan Rakyat. Beliau ditawarkan wang tunai berjumlah hingga RM8 juta selain kawasan konsesi balak jika beliau menyertai UMNO atau menjadi Ahli Bebas.
Trend mengisytiharkan diri sebagai Ahli Bebas telah berlaku sebelum ini kepada 3 Orang ADUN Negeri Perak, 2 dari Parti Keadilan Rakyat dan seorang dari DAP.
Mohd Osman Jailu dan Jamaludin Mat Radzi telah "hilang" atau "dihilangkan" dengan meninggalkan tugas sebagai Ahli Exco tanpa mengambil cuti dan tanpa kebenaran dari Menteri Besar Perak.
Mereka berdua ini tidak dapat dihubungi walaupun oleh ahli-ahli keluarga mereka sendiri. Dan berhadapan dengan keadaan ini, surat perletakan jawatan yang telah mereka tandatangani pada 8hb Mac 2008 dikemukakan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan setelah Speaker mengisytiharkan bahawa kedua-dua mereka itu telah mengosongkan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat, tiba-tiba mereka menjelma di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak, tersengih-sengih/terhegeh-hegeh menapikan mereka meletak jawatan, dan sebaliknya mengumumkan bahawa mereka keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional.
SPR yang neutral sudah tentu mengisytiharkan wujudnya kekosongan di Changkat Jering dan Behrang, tetapi dengan sejarah SPR yang dilihat sentiasa memihak kepada Barisan Nasional, mereka menolak perletakan jawatan kedua-dua ADUN yang dihilangkan itu.
Sebelum kejadian skandal lompatan oleh Osman Jailu dan Jamaludin Radzi, telah berlaku peristiwa-peristiwa yang dicatatkan oleh Fauzi Muda, Ketua Parti Keadilan Rakyat Ipoh Barat.
Fauzi telah mengikrarkan Surat Sumpah bahawa beliau pada 11hb Mac 2008 telah dibawa oleh seorang UMNO ke Kuala Lumpur kononnya untuk suatu perniagaan. Sesampai di Kuala Lumpur mereka telah ditunggu oleh bekas Menteri Zainal Abidin Zin dan Fauzi telah dibawa ke kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.
Disana Fauzi telah ditawarkan RM50 juta untuk membawa keluar dari Parti Keadilan Rakyat 2 orang ADUN untuk menyertai UMNO atau menjadi Ahli Bebas.
Oleh kerana Fauzi tidak mahu menikam parti dari belakang, tawaran ini tidak menjadi kenyataan; namun melalui SPRM kedua-dua ADUN itu diperangkap dan dituduh melakukan tindakan rasuah, suatu pertuduhan yang dikira suatu permainan politik semata-mata.
Walaupun demikian, pertuduhan itu menakutkan juga kedua-dua ADUN itu, dan perlakuan seterusnya dapat dilihat dengan tindakan mereka berdua "menghilang" atau "dihilangkan" diri dan menjelma di Kediaman Najib di Putrajaya.
Seorang lagi Ahli Exco dari Parti Keadilan Rakyat melaporkan bahawa beliau telah cuba diculik, diugut dan ditawarkan supaya meninggalkan parti. Exco yang mempunyai pendirian yang tegas ini menolak tawaran dari Barisan Nasional dan justeru itu beliau dan keluarga beliau telah diugut. Beliau melaporkan bahawa sejak 8hb Mac 2008 beliau menerima tawaran, menerima ugutan kerana menolak tawaran.
Pada 17hb Oktober 2008, tindakan menculiknya telah dilakukan. Pada 31 Mac 2008 ugutan kepada diri dan keluarganya telah dilakukan. Pada 17 Disember 2008 cermin keretanya iaitu Kereta Ahli Exco Proton Perdana BKL 4000 telah dipecahkan dan ditinggalkan nota ugutan yang diikat kepada seketul batu.
Entah berapa kali Ahli Exco ini membuat laporan polis, tetapi menurutnya semua laporan yang dibuatnya tidak mendapat reaksi positif dari pihak yang betrwajib. Akhirnya, YB Arumugam a/l Vengatarakoo, Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah terpaksa melepasakan kedudukannya sebagai ADUN kawasan Bukit Selambau untuk keselamatan diri dan keluarganya.
Seorang lagi ADUN dari Parti Keadilan Rakyat, YB Lim Soo Nee, ADUN Kulim bukan sahaja mendapat tawaran tetapi kesemua episod tawaran ini telah dirakamkan melalui kamera CCTV oleh pihak SPRM. Terbukti didalam rakaman itu bekas Menteri Besar Kedah, Mahadzir Khalid membuat tawaran. Mahadzir menemui YB Lim disebuah hotel di Seberang Jaya, dan perjumpaan sedang diaturkan untuk YB Lim menemui Datuk Seri Najib Tun Razak.
Peristiwa-peristiwa yang berlaku ini bukanlah sejarah silam yang begitu lama, jika pihak polis pro-aktif dan SPRM bersikap berkecuali dan menyiasat secara profesional, nescaya kesemua dalang-dalang ini sudah boleh ditangkap dan dibawa ke Mahkamah.
Maka apabila Najib mengeluarkan perkataan berbentuk ugutan kepada mereka yang membuat laporan kepada SPRM dan membuat Akluan Bersumpah dengan suatu amaran yang difahamkan bahawa amaran itu mengandungi arahan supaya mereka itu dikenakan, maka kewujudan SPRM untuk menjadi sebuah badan bebas amatlah dipertikaikan.
SPRM akan lebih senang mengikut arahan Najib daripada menyiasat secara profesional laporan-laporan yang dibuat kepadanya.
Rakyat tidak faham kenapa Najib bersikap sedemikian rupa, tidakkah ia mahu membersihkan dirinya sebelum menjadi Perdana Menteri atau imejnya yang dilibatkan dengan pelbagai skandal terus menghantui dirinya.
Terkini...beliau bertindak seperti MAHARAJA berkaitan ISU KRISIS POLITIK PERAK
Najib Tun Razak mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu.
Kenyataan Najib ternyata terkeluar dari kuasa Speaker dan Dewan Undangan Negeri yang tidak ada kaitan apa-apa kes di Mahkamah.
Dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan.
Sekiranya kes ini perlu diselesai dahulu baharu sidang DUN boleh diadakan berarti sampai bilakah sidang akan dapat dilakukan.
Alasan Najib nampak sangat tidak cerdik dan tanpa panduan dari penasihat yang tahu undang-undang.
Kalaulah setahun atau dua tahun kes belum selesai di Mahkamah maksud Najib dengan kenyataan nya itu sidang tidak boleh diadakan.
Sedangkan sidang DUN mesti diadakan paling lewat setiap 6 bulan sekali., Apa akan jadi.
Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar untuk mengadakan sidang tergempar itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu yang kebetulan naik juga secara tidak sah dari segi undang-undang.
BN telah mengadakan rampasan kuasa pada 6 Februari yang lepas dengan berlakunya Majlis Angkat Sumpah ADUN Pangkor, Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Kudeta sedangkan YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat masih tidak terlucut jawatannya.
NAJIB RAZAK ADALAH PEMIMPIN KUKU BESI - DIKTATORDua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan.
Sekiranya kes ini perlu diselesai dahulu baharu sidang DUN boleh diadakan berarti sampai bilakah sidang akan dapat dilakukan.
Alasan Najib nampak sangat tidak cerdik dan tanpa panduan dari penasihat yang tahu undang-undang.
Kalaulah setahun atau dua tahun kes belum selesai di Mahkamah maksud Najib dengan kenyataan nya itu sidang tidak boleh diadakan.
Sedangkan sidang DUN mesti diadakan paling lewat setiap 6 bulan sekali., Apa akan jadi.
Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar untuk mengadakan sidang tergempar itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu yang kebetulan naik juga secara tidak sah dari segi undang-undang.
BN telah mengadakan rampasan kuasa pada 6 Februari yang lepas dengan berlakunya Majlis Angkat Sumpah ADUN Pangkor, Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Kudeta sedangkan YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat masih tidak terlucut jawatannya.
http://webpanas.blogspot.com/
No comments
Post a Comment