Pak Lah cermat menguruskan ekonomi negara


Tidak beberapa hari lagi Dato’ Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia yang kelima akan “pergi meninggalkan kita” dalam erti kata lain akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri iaitu jawatan tertinggi di dalam Kerajaan Malaysia kepada Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Walaupun pemergiannya di dalam suasana perasaan yang bercampur-campur, yang suka dan yang duka tetapi sedar atau tidak Pak Lah telah berjaya menguruskan ekonomi negara ini dengan cermat.

Di dalam Mingguan Malaysia semalam (1.3.2009) wawancara khas dengan negarawan ulung Tun Daim Zainudin mantan Menteri kewangan dan seorang arkitek ekonomi negara yang telah berjasa membawa keluar kemelut ekonomi 1997-1998 mengakui krisis hari ini lebih buruk dari 1997-1998.

Hari ini sistem kewangan negara amat mantap dengan rezab antarabangsa kekal tinggi iaitu AS$91 billion (RM316.8 billion), nisbah pinjaman tidak berbayar @ non performing loan yang rendah disekitar 2.2% dan nisbah kecukupan modal bank yang tinggi melebihi 13% berbanding paras minimum 8%.

Tun Daim mengakui Malaysia telah meraih faedah daripada kekukuhan sektor kewangannya di dalam krisis semasa ekonomi dunia apabila pada peringkat awal Malaysia terselamat daripada kemelut sektor kewangan kecuali berlakunya kejatuhan harga pasaran saham yang teruk.

Tindakan membentang budget mini kearah mengelakkan berlakunya kehilangan pekerjaan dan untuk membantu sektor perniagaan dengan melanjutkan kredit dikira sebagai satu langkah yang bijak. Tun Daim mencadangkan ianya perlu disegerakan perlaksanaannya supaya sektor perniagaan mendapat modal untuk meneruskan operasi mereka.

Salah satu lagi sektor yang utama ialah dengan menambahbaikan keupayaan teknologi dan teknologi kecekapan penggunaan tenaga serta meperkemaskan komunikasi kepada orang ramai tentang tindakan kerajaan untuk meperolehi keyakinan rakyat.

Ternyata dengan kadar tabungan yang tinggi di bawah kepimpinan jimat cermat Pak Lah, Malaysia telah terselamat dari dibelasah 1st round TKO(Total Knock Out) dari krisis ekonomi global dan masih boleh bertahan serta mengatur strategi dengan bijak.

Selamat Tinggal Pak Lah. Jasamu akan dikenang.

No comments

Powered by Blogger.