Pak Lah Cuba Menenangkan Najib - Mengiyakan pertukaran kuasa!

Abdullah Ulangi Serah Jawatan PM Pada Najib

Daripada D.Arul Rajoo

HUA HIN (THAILAND), 1 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata hari ini beliau tetap berpegang pada rancangan untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak selepas pemilihan Umno lewat bulan ini.

"Memang, ada rancangan yang saya buat, jadi kita perlu ikut rancangan itu," katanya pada sidang akhbar di akhir Sidang Kemuncak Asean ke 14 di sini.

Abdullah, yang juga Presiden UMNO, berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi yang beliau tidak akan melepaskan jawatan perdana menteri selepas pemilihan Umno itu.

Abdullah, yang menjadi perdana menteri kelima pada Oktober, 2003, menolak untuk mempertahankan jawatannya dalam parti.

Najib kini bersedia untuk mengambil alih pucuk pimpinan parti daripada Abdullah selepas muncul sebagai satu-satunya calon untuk jawatan presiden UMNO setelah pencalonan bagi jawatan-jawatan utama parti ditutup lewat tahun lepas.

Mengikut tradisi, presiden Umno memegang jawatan perdana menteri, sementara timbalan presiden menjadi timbalan perdana menteri.

-- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.