Patut TV3 digantung,bukannya Harakah!

Saya merujuk kepada artikel segmen Dalam Negeri (muka surat 15) Utusan Malaysia bertarikh 24 Mac 2009.
Iklan




Artikel adalah berkaitan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato� Seri Syed Hamid Albar berhubung penggantungan permit dua akhbar iaitu Harakah dan Suara Keadilan.

Saya memetik antara alasan menteri tersebut kenapa dua akhbar ini digantung permit serta merta selama tiga bulan.

Dikatakan akhbar berkenaan telah menyiarkan artikel-artikel berbaur fitnah, mengelirukan serta boleh mengancam ketenteraman dan memecahbelahkan masyarakat.

Menteri berkenaan turut berkata, "KDN mendapati Harakah dan Suara Keadilan banyak mengeluarkan artikel-artikel menyentuh perkara-perkara yang memutarbelitkan fakta, menghasut, mengandungi tuduhan liar dan tidak berasas." (tetapi tidak disertakan bukti atau contoh kesalahan yang telah dilakukan).

Sepatutnya TV3 yang selayaknya digantung permit.

Apa yang ingin saya persoalkan adalah beberapa siaran berita oleh stesyen TV3 terhadap kerajaan negeri Kedah sejak setahun lalu.

Antaranya putar belit dan pembohongan, hasutan serta fitnah yang jelas mengenai isu penggunaan Jet Eksekutif oleh Menteri Besar, pembukaan ladang ternakan babi di Bukit Selambau, dan terakhir isu salah seorang Exco Kerajaan yang dituduh menderhaka.

Semua itu terbukti adalah tuduhan liar dan tidak berasas sama sekali, hanya melalui kandungan surat layang, TV3 dengan bongkak menyiarkan berita mengenai Exco derhaka, adakah ini tidak terkandung sebagai berita yang tiada asas, menghasut dan tuduhan liar.

Contoh paling mudah ingin saya sebutkan bahawa TV3 Kedah selama ini hanya berbohong, berilusi, berangan-angan, berniat jahat, menghasut, memutarbelitkan fakta, tuduhan liar dan tidak berasas adalah kerana wartawannya, TIDAK PERNAH langsung menemubual atau hadir dalam mana-mana sidang akhbar oleh pihak kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Jelas, semua berita-berita yang digambarkan selama ini oleh TV3 mengenai kerajaan Negeri Kedah tidak melalui asas atau sumber yang tepat.

Nampaknya, Menteri berkenaan juga telah memutarbelitkan fakta, mengelirukan dan menghasut untuk orang ramai tidak mempercayai dua akhbar tadi dengan tidak membentangkan apa kesalahan yang telah dilakukan.

Setiausaha Akhbar,
Menteri Besar Kedah

1 comment

GenerationY said...

saman tv3.. bukti dh ade.. baru deme tau...

Powered by Blogger.