Sambutan Maulidur Rasul terbesar
KUALA LUMPUR: Sambutan Maulidur Rasul pada 9 Mac ini dijangka menjadi sambutan terbesar peringkat kebangsaan apabila kira-kira 200,000 umat Islam menyertai perarakan yang bermula seawal jam 7 pagi.
Program itu juga diadakan di Dataran Merdeka dengan majlis pelancaran perasmiannya dijangka dilakukan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan turut mencemar duli, Raja Permaisuri Agung Tuanku Nur Zahirah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kabinet Islam dijangka hadir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata sejarah sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan akan tercipta apabila perarakan besar-besaran umat Islam menuju Dataran Merdeka.
Katanya, lapan masjid di Kuala Lumpur dipilih sebagai tempat berhimpun
“Saya harap institusi pengajian tinggi awam turut menghantar pelajar menyertai perarakan ini,” katanya di sini
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata antara masjid dijadikan tempat Islam berhimpun ialah Masjid Negara, Masjid Polis Bukit Aman dan Masjid India.
berarak p sana sini...bagus.....balik je sambutan hang buat perangai sama...aiya... opsss lupa....
bang hamid...tolong ajak sekali mamat dan minah melayu yang dok selalu lepak kat jalan p. ramlee tu erk... geng hang jugak tu....
No comments
Post a Comment