Kenyataan ‘aparteid’ biadab? – MB


SEREMBAN 28 Feb. – Kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr. Boo Cheng Hau menyamakan amalan ‘bumiputeraisme’ dengan dasar aparteid adalah biadab.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan Cheng Hau tidak ubah seperti individu yang dangkal pemikirannya, kurang ajar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.

‘‘Dia tahu ke apa itu aparteid. Kalau aparteid, hendak masuk ke bilik air pun tidak boleh. Naik bas, ke sekolah, bergaul dengan masyarakat, hendak dapatkan kerja semuanya tidak boleh. Peluang pun tidak ada.

‘‘Adakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau pemikiran membantu golongan bumiputera yang digubal oleh pakar-pakar pelbagai kaum hendak disamakan dengan aparteid,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (Pekerti) di sini hari ini.


jangan pandai cakap orang lain je kurang ajar mat...

oit yang mamat manggolia tu cakap nak mansuhkan dasar deb macam mana?

kurang ajar ke?

yang puak BN dok bagi projek juta-juta kat krono umno macam mana?

sapa ambik wang rakyat?

sapa dok ambik hak rakyat?

sapa yang curi keistimewaan yang rakyat patut dapat?

puak hang la mamat!



No comments

Powered by Blogger.