satu kejadian pelik tapi benar?

Krisis ekonomi diambil kira tunda kenaikan

KUALA LUMPUR: Langkah menangguhkan kenaikan kadar lima lebuh raya yang sepatutnya berkuat kuasa hari ini, membuktikan kerajaan memahami masalah rakyat dalam menghadapi krisis ekonomi.

Pelbagai pihak yang dihubungi Berita Minggu juga berharap kerajaan mengkaji kadar kenaikan tol antara 0.68 sen sehingga 50 sen yang dianggap tinggi dan pada masa sama, mahu kenaikan itu ditangguhkan sehingga ekonomi stabil bagi mengurangkan beban rakyat.


Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata penangguhan itu jelas menunjukkan kerajaan prihatin masalah rakyat yang belum bersedia menghadapi kenaikan tol.

"Kita minta kenaikan tol mengambil kira keadaan semasa," katanya.

Ketua Penerangan Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Ahmad Maslan, berkata formula jangka panjang wajar dicari bagi memastikan perjanjian tol lebih adil.

"Perjanjian wajar dikaji semula dan jika kerajaan berupaya mengambil alih tol tertentu secara bergilir, elok juga difikirkan," katanya.

Beliau berkata, tindakan yang ingin diambil kerajaan perlu dikaji kewajarannya supaya tidak membebankan rakyat serta membazir wang yang boleh digunakan untuk pembangunan negara.

Semalam, Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, mengumumkan penangguhan kenaikan tol di lima lebuh iaitu Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata langkah kerajaan itu membantu pengguna berdepan krisis ekonomi dan kenaikan tol diumumkan juga terlalu tinggi.


awat sebelum wat keputusan geng hang tak pikir pasal rakyat ke?

pastu dalam meeting geng hang pikir pasal apa?

kroni hang je ke?

No comments

Powered by Blogger.