Selebriti Diminta Jangan Salah Guna Uniform Tentera - ATM


KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menegur penyalahgunaan uniform khususnya pakaian seragam dan celoreng ATM oleh terutama golongan selebriti dan personaliti seperti yang disiarken oleh media cetak dan elektronik.

"Penyalahgunaan ini merujuk kepada tatacara penggunaan pakaian yang tidak betul, tidak kemas serta penampilan si pemakai yang tidak menepati kod etika seperti berjambang, berambut panjang atau rambut yang diwarnakan," menurut kenyataan Cawangan Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan.

Ia berkata pakaian celoreng merupakan salah satu daripada sebahagian uniform tentera yang diwartakan dan penggunaannya terikat kepada peraturan tertentu yang telah ditetapkan.

"Sekiranya disalahgunakan, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil di Mahkamah Sivil," katanya.

Khidmat nasihat mengenai pemakaian uniform tentera boleh didapati daripada Cawangan Perhubungan Awam ATM.

-- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.