Sultan UMNO dan Sultan Rakyat?
Rakyat Perak perlu menerima hakikat bahawa krisis politik yang dijanakan di negeri itu sekarang ibarat bola yang dimainkan tanpa pengadil dan penjaga garisan. Kelmarin beberapa orang penduduk di Keroh memberitahu, mereka kecewa dengan peranan pembaling batu sorok tangan di negeri perlombongan satu ketika dahulu.
Pemisahan Kuasa diantara tiga badan tertinggi sudah tidak kelihatan. Kehakiman, eksekutif dan legislatif seperti sudah bersatu.
"Ditambah pula dengan peranan pelakon-pelakon dari mahligai" kata Jamal penduduk dari Kampung Kuak Hulu.
"Aku bimbang. Ada orang sudah mula mengatakan ini sultan UMNO dan itu sultan rakyat. Malah ada yang sudah mengungkit sejarah kewujudan mereka" kata Jamal lagi.
"Teori sahaja tidak berguna" kata Arumugam. "Belajar tinggipun, ada yang pernah ditangkap menjadi perompak" merungutnya lagi.
Insan-insan yang merindui demokrasi menuding jari ke arah perlembagaan yang tidak dapat memberikan kata pemutus. Mereka menganggap drama di Perak sebagai kelemahan undang-undang buatan manusia.
Perisai yang tidak dapat membantu apa-apa di kala ianya diperlukan. Ibarat, sudah digadai dan dilacurkan maruah perlembagaan yang tidak dapat mempertahankan moral apatah lagi roh kebebasan rakyatnya sendiri.
Apapun, adakah sultan UMNO dan sultan rakyat seperti yang dikeluhkan itu ?
http://anakcucunabiadam.blogspot.com/

1 comment
tema utk pr kecil ialah :51 tahun bersatupadu, malaysia terbilang. akibat temberang anuar, malaysia kecundang. ekonomi kecundang, politik kecundang, sosial kecundang.sebab ketuanan rakyat punya temberang, anarki terbilang.komunis jadi raja, sultan jadi terbuang.itulah pak kadok silap membilang, singapura jugak terus gemilang dan terbilang.dari dulu hingga sekarang. inilah akibat melayu yang menconteng arang. melayu ni patut kita halang kerana jadi lalang. jadi barua dan mancai pentualang. anuarisasi mari kita tentang dan buang!
Post a Comment