Syed Hamid Pendek Akal Dari Ayahnya Syed Jaafar
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok, semalam, adalah sesuatu yang amat memalukan dan mencalar imej negara di mata dunia.
Beliau berkata persidangan tergempar 27 wakil rakyat pembangkang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan itu membayangkan kepada orang luar seolaholah rakyat negara ini tidak memahami undang-undang.
"Tak ada dalam dunia ni, orang buat persidangan bawah pokok, orang tertawakan kita, seolah-olah kita ni tak faham (undang-undang). Kita mungkin tak setuju kita tak lagi jadi kerajaan tapi ada proses-proses lain yang seharusnya diambil.
"Saya rasa geli hati, dalam masa sama, timbul sehingga tahap nak berkuasa walau dengan apa cara sekali pun. Ini tak bolehlah, nak berkuasa mesti ikut undang-undang," katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan dan Dialog dengan Angkatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Kelantan di sini, hari ini.
Syed Hamid berkata tindakan berani mengikut kehendak sendiri untuk mencapai matlamat politik pihak berkenaan menunjukkan mereka tidak lagi hiraukan tentang undang-undang.
Itulah di antara sedutan kenyataan Syed Abd Hamid, yang sebenarnya terlalu sempit pemikiran dan pendek akalnya tatkala mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang mengadakan "sidang bawah pokok" hari semalam.
Mungkin beliau tidak pernah membaca kisah bagaimana demokrasi bermula. Mungkin saya perlu catatkan semula serba sedikit penjelasan saya sebelum ini untuk pengetahuan menteri yang masih bermentaliti kolonial ini yang saya petik dari sini.
Umno dan konco-konconya jangan sesekali menghina segala peraturan mesyuarat, usul dan keputusan-keputusan yang diputuskan di bawah pokok. Malah beberapa buah kerajaan didiasaskan diatas dunia ada kaitannya dengan "pokok".
Mesyuarat DUN atau Parlimen di bawah pokok semalam bukan fenomena ganjil dan bukannya tidak pernah berlaku di dunia ini. Mengikut sejarah, demokrasi mula diasaskan di zaman Yunani purba, hampir 3,000 tahun dahulu. Ketika zaman tiga ahli falsafah Yunani purba terkenal, Socrates (469-399 B.C), Plato (428-347 B.C) dan Aristotle (384-322 BC) mesyuarat Parlimen kerajaan Yunani purba adalah berlangsung di bawah pokok sahaja.
Syed Hamid yang baru lepas berkluk klek di dalam isu penggunaan perkataan ALLAH untuk penganut Kristian sehingga terpaksa menarik balik sesuatu keputusan yang telah digazetkan itu lebih menggelikan hati sekalian rakyat dan memalukan kabinetnya!
Syed Hamid yang juga Ketua Bahagian UMNO Kota Tinggi dinasihat perbetulkan ahli-ahli UMNO di bahagiannya sendiri yang telah membuat lima laporan polis berhubung dengan kejadian pergaduhan dalam mesyuarat agung beberapa cawangan Umno dalam Bahagian Kota Tinggi. Malah beliau sendiri mengakui bahawa ahli UMNO di bahagiannya sendiri sebagai golongan yang kemaruk kuasa bila beliau menyatakan: penjalanan mesyuarat cawangan kali ini adalah yang terburuk dan dibayangi dengan unsur-unsur “kemaruk kuasa.”
Sebenarnya orang seperti Syed Hamid ini sudah tidak diperlukan di dalam kabinet. Tatkala kita membicarakan soal k-workers, k-ministers, k-government malah k-world, menteri ini masih terbuai dengan pemikiran takuk lama - pemikiran era kolonial yang berfikir untuk menjajah rakyat dengan kuasa polis yang ada ditangannya.
Masih selesa untuk menjadi seorang menteri pengampu dan pembodek terhadap status quo berbanding perjuangan ayahnya Syed Jaafar Albar (gambar)yang bergelar Singa UMNO satu ketika lantaran kelantangannya mengkritik kerajaan pada waktu itu. Malah Syed Jaafar Albar telah memperkenalkan Pemuda UMNO sebagai Ginger Group (Kumpulan Halia) sebagai satu kumpulan pendesak di dalam UMNO.
Pokok di dalam keadaan apa pun tetap berguna kerana itulah Pakatan Rakyat memilih persidangan tergemparnya diadakan bawah pokok bagi menggantikan dewan undangan negeri yang telah dikunci oleh pegawai-pegawai dari kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang bacul lagi pengecut untuk berdepan dengan rakyat. Lebih diburukkan apabila anggota polis yang ramai dikerah untuk mengepung sekitar bangunan Perak Darul-Ridwan bagi menghalang ADUN Pakatan Rakyat menggunakan walau ruang pejabatnya sendiri di bangunan itu.
Setidak-tidaknya "pokok" termpat di mana persidangan itu berlansung memberikan pemimpin Pakatan Rakyat sedikit kesedaran untuk menumbangkan UMNO-BN di dalam PRU. Bak kata ayahnya, Tan Sri Jaafar Albar, “Kalau mata kapak sahaja memang ianya tak mampu menumbangkan sepohon pokok, sebaliknya ambillah dahan pokok itu dijadikan ‘taran’ kapak, nescaya pokok berkenaan mudah ditumbangkan.”
Apabila kata-kata ini tidak diindahkan oleh anaknya, ia dikutip oleh orang lain untuk dijadikan panduan untuk kelak digunakan mengalahkan perjuangan anaknya. Susah sangat nak tumbangkan pokok (UMNO), patahkan sahaja dahan pokok (pemimpin UMNO yang mentalitinya lembu) untuk dijadikan taran kapak nescaya UMNO mudah ditumbangkan.
green!
No comments
Post a Comment