bumbumg runtuh...jkr jadi mangsa?
BUMBUNG Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Gong Badak turut mengalami kebocoran. |
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, semalam mempersoalkan kelewatan Jabatan Kerja Raya (JKR) membaiki kerosakan struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh kelmarin, sedangkan masalah itu sudah dikesan sebelum Sukan Malaysia (Sukma) Ke-12 diadakan di situ setahun lalu.
Ahmad turut mendedahkan pada hari perasmian stadium itu, 10 Mei tahun lalu, komando tentera terpaksa membatalkan aksi turun tali dari bumbung atas faktor keselamatan kerana strukturnya bergoyang dan bergegar.
Beliau berkata, dalam lawatannya sebelum Terengganu menjadi hos Sukma tahun lalu, pihaknya mengesan beberapa masalah termasuk struktur bumbung tidak kukuh dan JKR negeri berjanji akan membaikinya selepas sukan dwitahunan itu berakhir.
No comments
Post a Comment