rasa nak tercirit dengar kenyataan bangang pemimpin umno!
BN yakin peluang tawan Manek Urai
BESTARI JAYA: Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, jika jumlah pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka melebihi 85 peratus.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata sekiranya ada pertandingan dalam erti kata sebenar iaitu pertemuan antara calon BN dengan pembangkang, jumlah pengundi yang keluar biasanya tidak kurang 70 peratus.
Katanya, jika boleh, BN mahu lebih 85 peratus pengundi berdaftar di DUN Manek Urai keluar mengundi pada hari pengundian.
"Saya kira, peluang BN untuk menang lebih tinggi kalau yang keluar mengundi ramai," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai jumlah pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Penanti pada 31 Mei lalu yang menyaksikan hanya 46.15 peratus pengundi keluar mengundi, peratus paling buruk dalam sejarah pilihan raya di negara ini.
Mukhriz berkata, berdasarkan pilihan raya kecil di Penanti itu, ia menunjukkan pembangkang tidak sehebat seperti digembar gemburkan.
Katanya, perkara itu tidak pelik kerana pemilihan dalam parti itu juga tidak sama dengan pemilihan dalam Umno yang mengekalkan proses demokrasi.
"Kita ambil contoh pemilihan Pemuda Umno. Kita ada perwakilan seramai 800 orang, dalam Pas ada berapa. Dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) saya rasa tidak ada pemilihan, pakai lantik seperti itu saja.
"Kononnya nak mempertahankan demokrasi tetapi dalam partinya sendiri tidak mengamalkan demokrasi seperti Umno dan parti komponen BN lain," katanya.
Beliau berkata, kempen pilihan raya di Manek Urai akan menggunakan pendekatan baru menggunakan pendekatan lebih berkesan dan pada masa sama rakyat akan dapat melihat bahawa BN serius ingin meningkatkan cara hidup rakyat.

No comments
Post a Comment