Husam Tokoh PAS Yang Dicemburui dan Digeruni UMNO BN

Muktamar PAS ke-55 di Shah Alam bukan sahaja menjadi tumpuan kepada ahli PAS dan rakan pakatannya, tetapi juga mendapat perhatian serius daripada lawannya UMNO. Masing-masing memberi tumpuan kepada jawatan Timbalan Presiden PAS. Antara Ustaz Nasaruddin, Husam dan Mohd Sabu, siapakah yang akan menjadi pilihan perwakilan PAS?

Saya yakin hampir 100% perwakilan telah menetapkan pilihan mereka. Terlalu sukar untuk menukar selera pilihan perwakilan kecuali ada cerita baru beserta bukti tidak enak calon pilihan asal. Perwakilan PAS bukan seperti perwakilan UMNO. Perwakilan UMNO akan merelakan segala bentuk fitnah dan dosa. Manakala perwakilan PAS sentiasa mendambakan pahala sebanyak mungkin. Solat sunat istikharah akan mengiringi perwakilan PAS di muktamar ini.

Muktamar PAS kali ini seharusnya lebih berorientasikan pemerintahan. PR diyakini akan memerintah Malaysia selepas PRU 13. Dalam tempoh masa berbaki yang mungkin kurang tiga tahun, PAS harus menyediakan pimpinan yang boleh diterima oleh bukan sahaja oleh ahli-ahli PAS sendiri, tetapi juga boleh diterima oleh rakan pakatan serta penyokong-penyokong tidak berparti. Penyokong senyap di pihak lawan juga sedang menanti tokoh nombor dua PAS di muktamar ini.

Ada di kalangan rakan-rakan yang bertanyakan siapa calon pilihan saya? Saya bukan perwakilan PAS. Saya ahli tiga parti. Saya ahli UMNO tetapi saya tidak tahu siapa yang daftarkan saya sebagai ahli UMNO. Saya ahli PAS. Saya isi borang PAS pada tahun 1998. Saya bayar yuran RM5.00. Kemudian saya tidak tahu sejauh mana status keahlian saya. Setahun kemudian, saya menyertai keADILan. Perit dan payah menyertai parti baru. Bagaimanapun alhamdulillah.

Oleh kerana PAS adalah rakan pakatan, maka apa yang berlaku dalam PAS tetap akan ada kesannya pada PR. Begitulah juga apa yang berlaku dalam PKR atau DAP, tetap ada kesannya pada PAS. Hatta mana-mana pimpinan yang terpilih menduduki jawatan penting parti tetap akan memberi impak kepada PR. Bermakna pengisian jawatan itu juga merupakan strategi parti. Kepada perwakilan PAS, tepuk dada tanya selera.

Sama ada pembaca setuju atau tidak, saya lebih mengharapkan Husam Musa memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS. Ini kerana saya yakin dengan stail kepimpinan dan pengalaman pentadbiran yang dimiliki oleh beliau. Husam Musa mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di Kelantan. Pengalamannya sebagai Setiausaha MB, exco dan pimpinan utama parti telah melayakkannya berada di kerusi nombor dua PAS. Apa lagi yang kurang pada Husam? Ooo, dia bukan ustaz ...

Ustaz Nasaruddin Mat Isa adalah ikon pimpinan arwah Ustaz Fadhil Nor. Ustaz Nasa telah dua penggal menjadi Timbalan Presiden PAS. Saya melihat Ustaz Nasa telah gagal menambahkan kekuatan PAS. Bahkan beliau hampir terperangkap dengan permainan UMNO. Kekuatan PAS hadir daripada penyokong yang tidak dijemput, bukannya hadir bersama kepimpinan Ustaz Nasa. Secara luarannya, Ustaz Nasa kurang tanjak untuk memimpin PAS. Husam Musa dan Mohd Sabu lebih bertenaga dan beridea berbanding Ustaz Nasa.

Tentang calon Mohd Sabu, saya berpendapat beliau lebih layak kekal, tetap dan berpencen di jawatan AJK PAS Pusat sahaja. Tidak banyak sumbangan Mohd Sabu sebagai Naib Presiden PAS. Beliau hanya popular apabila berada di pentas ceramah. Ceramahnya lebih berkonsepkan konsert yang menghiburkan. Layak dipertimbangkan untuk jawatan Ketua Penerangan PAS, bukannya sebagai Timbalan Presiden PAS. Sekiranya beliau menang, jangan salahkan penyokong yang tidak dijemput tadi meninggalkan majlis PRU 13.

Saya mohon maaf jikalau tulisan ini mengundang kemarahan kawan dan lawan. Tetapi itulah suara hati marhaen saya. Pilihan utama saya ialah Husam Musa. Kedua tidak ada. Ketiga, jikalau adapun bagiler kat Ustaz Nasa ... - dango mamamat

Satu lagi artikel menyokong Husam

Ini soal halatuju PAS, Sama ada condong kepada UMNO-BN atau condong kepada PR

Hujah aku kenapa Husam perlu diutamakan berbanding Mat Sabu ialah :

1) Husam adalah calon yg paling teruk diserang oleh media2 UMNO-BN, manakala Mat Sabu sangat kurang mendapat liputan. Ini menunjukkan bahawa jika Husam menang, ia akan memberi KERUGIAN BESAR kepada mereka, manakala jika Mat Sabu menang, mereka tidak terasa TERANCAM sangat.

2) Husam merupakan anak didik TGNA selama hampir 20 tahun. TGNA telah mentarbiyah dan mempersiapkan Husam sebagai aset penting PAS di peringkat negeri dan nasional. Husam pernah menjadi ahli parlimen yg digeruni kerajaan, sehinggakan Mahafiraun dan daim pernah menawarkan jawatan dan tawaran berjuta2 ringgit untuk memancing Husam masuk UMNO-BN. Tarbiyah TGNA terhadap beliau telah menyaksikan Husam menolak kesemuanya.

3) Husam telah membuktikan keupayaannya dalam pentadbiran dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan dan program2 yg bersifat serampang banyak mata, iaitu turut sama mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap praktikaliti Islam dalam menyelesaikan masalah umat. Husam merupakan arkitek penting yg memperkukuhkan kembali kemenangan PAS di kelantan melalui pelaksanaan program2 pembangunan rakyat kelantan.

4) Husam sering mendahului dari aspek penyelesaian masalah. Lihat saja isu Perak, bagaimana Husam telah mengambil inisiatif bertemu dengan musuh dan berjaya menyatukan pandangan komponen2 BN supaya DUN Perak dibubarkan, sebagai suatu bentuk internal force kepada UMNO. Husam memang level pemikir yg wajar diletak ke timb pres untuk membantu hadi dengan berkesan

5) Semua tuduhan terhadap Husam TIDAK PERNAH dapat dibuktikan oleh pemfitnah2. Malah Husam telah berjaya melalui zaman pentadbiran Kelantan tanpa melakukan sebarang penyelewengan. Segala tuduhan liar yg dilemparkan, telah berjaya dibuktikan sebagai TIDAK BENAR.

Gua sayangkan Mat Sabu. Tapi gua lebih sayangkan parti. Sebab tu, bagi gua, kalau pwakilan BENAR2 nak angkat parti dan membawanya JAUH ke depan, pwakilan WAJIB memilih calon yang PALING TEPAT, iaitu Husam. Sebab dengan naiknya Husam, akan mempercepatkan proses pengebumian UMNO-BN.

Perwakilan perlu sedar bahawa pemilihan kali ini berbeza dengan pemilihan sebelum2 ini. Ia bukan berlegar di sekitar organisasi PAS semata-mata, tetapi ia berkait rapat dengan soal memilih kepimpinan negara menjelang PRU-13. Seandainya PR berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan, maka kepimpinan parti yg dipilih dalam muktamar kali ini perlu bersedia untuk memimpin kerajaan. Maka, pwakilan perlu memastikan kabinet PAS kali ini dibarisi oleh pimpinan2 “government-in-waiting” bersama rakan2 PR, yg bersedia untuk menjadi pemimpin rakyat berbilang kaum kelak.

Sekarang masanya utk membuat PILIHAN TEPAT.

Keraguan2 yg ditimbulkan terhadap Husam TIDAK PERNAH DAPAT dibuktikan. Maka, UNDI SOLID wajib diberi kepada Husam. Mat Sabu harus memberi laluan kepada Husam kerana lu org berdua mempunyai fikrah yg sama, iaitu pro-PR.

Jangan pecahkan undi. Kerana jika undi pecah antara Husam dan Mat Sabu, Nasa akan tersenyum gembira. Buat lah pilihan yg tepat dan solid. Undi solid kepada Husam lah yang akan memenangkannya terhadap Nasa. Ini soal halatuju PAS. Sama ada condong kepada UMNO-BN atau condong kepada PR.

Jika mahukan PR mengkafankan SEGERA kabilah UMNO-BN, pilih lah Husam Musa.

Gua tak sanggup tengok Husam dan Mat Sabu masing2 dapat undi 30%.

Jangan kecewakan rakyat Malaysia - tempurunglutut


Husam Musa: The ONLY CREDIBLE PAS Leader Capable of Leading PAS and the Pakatan Rakyat to Win the Next Federal Election

We Say,

The recent successes of PAS in the 2008 General Election and the by-elections in Perak and Kedah have led some PAS leaders to believe in this swollen-headed fantasy that they can win the Federal Government with only Muslim votes or only Malay votes.

This seemed to be the thinking of those PAS leaders aligned to the Trengganu-based Pro-UMNO faction, led by the current PAS President, Haji Hadi Awang and his Deputy, Nasharuddin Mat Isa. They have not learnt from the trauma of Kelantan PAS of the betrayal of UMNO when PAS, then ruling Kelantan, joined Barisan Nasional to form a unity state government that went awfully wrong.

UMNO, MCA, MIC and GERAKAN are not popular especially among non-Malays. Any move by PAS to "share the same sleeping pillow with UMNO", will destroy all the gain PAS has made to win over non-Muslim/non-Malay voters since the March 2008 general election. It will be a retrogressive decision pushing PAS back by 25 years in its efforts to be a lead party in a coalition to win the next federal government. It will, instead, become a party of little consequence to the growing urban and suburban voting constituency and a party consisting of fundamentalist hacks harping on right-wing race-based conservative ideas about Islam to the clap-trap of the conservative rural voting gallery.

PAS is dreaming if it thinks UMNO will ever allow it be an equal partner of Barisan Nasional/UMNO. MCA, MIC, Gerakan and other parties were made to realise this to their political misfortune. UMNO will make sure PAS will always remain subservient to UMNO, as PAS Kelantan experienced over two decades ago.

Our electoral system makes it almost impossible for any one political party to win the two-third majority in the national Government based strictly on votes from one ethnic group. The numbers simply don't add up and UMNO knows it too well.

Even if it does happen, one can only speculate the dire consequences to our national economy and the depth of fractures in our fragile Malaysian society.

Should the Pro-UMNO faction wins influence and power in PAS in the coming party election in June, and if it chooses to part ways with Pakatan Rakyat to join up with UMNO, then PAS has basically cut its ties with non-Muslim/non Malay voters. And PAS can be rest assured it will never ever regain its hard-earned support of the non-Muslim/non Malay voting constituency.

First to go will be the dissolution of the non-Muslim-based "PAS Supporters Clubs" which had been highly instrumental in campaigning for non-Muslim/non-Malay votes for PAS. Likewise for many of the socio-political bloggers who are mostly pro-Pakatan Rakyat for they will campaign against PAS as an unworthy partner or "traitor" to the democratic cause.

For non-muslim voters, if PAS joins UMNO to form a unity government simply for racial reasons, the next general election or by-election would be one of " A Vote for PAS is a Vote for the much-despised UMNO," and a ' Vote for PAS is a Vote for a racist version of Islamic rule in Malaysia.'

Already, the attitude of non Malay voters today is that of " A vote for MCA or MIC or Gerakan is a vote for UMNO.". And we knew what the result was to MCA, MIC and Gerakan, after the March 8 General Election.

Some PAS leaders, especially those from the Trengganu PAS outfit, need to get out of this silly fantasy that it can be an equal partner with UMNO and the thought that it can achieve the level of success as it did in the 2008 General Election and in the recent by-elections by "going to bed with UMNO".

Today, UMNO needs PAS more for its own survival. PAS does not need UMNO to survive. If PAS stays on the same course it took prior to the March 2008 election, it can become, as Husam Musa said, " the anchor-party",within the Pakatan Rakyat to win the next federal government. But it can only do so if PAS leaders put substance into its clever slogan " PAS for ALL" while reining in the racially prejudiced conservatives in PAS who want to "sleep with UMNO."

For these reasons, we believe, and therefore support, leaders like Husam Musa to lead PAS to the next Federal Election and to realise the goal of PAS as an "anchor" party within the Pakatan Rakyat Coalition's next federal Government.

It is timely for PAS members to take a reality-check of the party's political fortunes. Come this June, non-Muslim/non Malay and Malay voters of PAS will know which road PAS members want the party to take.
-Malaysian Unplug

No comments

Powered by Blogger.