hangat malam ini di manek urai: video anwar sampai di kota bharu!

Kehangatan pilihan raya kecil Dun Manek Urai kini semakin terasa apabila kempen kedua-dua parti semakin agresif. PAS sudah memulakan gerak kerja kempen sejak akhir Mei lalu di Kampung Manek Urai Baru yang disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dun Manek Urai akan tambah sendat malam ini dengan kehadiran tokoh-tokoh pemimpin Pakatan Rakyat pada program ceramah perdana di Padang Majlis Daerah Laloh malam ini (21 Jun 2009).

Ketibaan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini disambut petugas-petugas di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan selepas itu ke Kediaman MB Kelantan di JKR 10 menemui Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz. [Maaf video ini pendek sahaja, kerana saya terpaksa bergegas ke KL dengan flight yang sama]


http://jiwokelate.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.