tuan guru....apa2 keputusan biarlah umno kecewa!



Biarlah Umno Kecewa

Khabarnya kedua-dua tuan guru dan beberapa pimpinan kanan Pas yang lain akan bertemu dalam tempoh terdekat ini. Kami yang kecil-kecil ini menanti dengan harapan.

Tentunya pertemuan ini kerana Allah dan perpisahan pun keranaNya juga. Pertemuan sebegitu mendapat lindungan malaikat di dunia dan lindungan Arasy di akhirat.

Keputusan di tangan mereka yang bekal bertemu tadi. Namun kami juga punya harapan. Mudah-mudahan harapan kami bukan seperti mengharap gagak berbulu putih.

Putuskanlah apa pun, namun…

Biarlah Umno kecewa tetapi jangan kecewakan kami.

Biarlah Umno tidak puas hati tetapi puaskanlah hati kami.

Biarlah Umno lemah semangat tetapi kuatkanlah semangat kami.

Biarlah muka Umno masam mencuka tetapi maniskanlah muka kami.

Biarlah Umno menangis tetapi kami tersenyum.

Wahai tuan guru kami,

Bersabarlah bersama kami,

Janganlah pandangan matamu berpaling daripada kami,

Jangan ikutkan orang-orang yang hati mereka telah dilalaikan.

Kebenaran itu dari Tuhan kita,

Sesiapa yang ingin beriman, silakan.

Sesiapa yang ingin kufur juga, silakan.

Biarlah Umno berkata sesuka hati,

Tetapi berilah peluang untuk kami berkata,

“Terima kasih banyak-banyak tuan guru kami”.
Dikirim Oleh Zolkharnain Abidin

No comments

Powered by Blogger.