MP PAS Kuala krai dan Kuala Selangor bahas cadangan Pindaan Fasal 7 RUU DNA

Perbahasan (D.R. 13/2008) – Rang Undang-undang Identifikasi AsidDeoksiribonukleik (DNA) 2008 – Pertimbangan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (28 Ogos 2008). (Kementerian Dalam Negeri) [22 - 23 Jun 2009]


Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli membahaskan cadangan Pindaan Fasal 7 RUU oleh YB DAP Segambut.



Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad membahaskan cadangan Pindaan Fasal 7 RUU oleh YB DAP Segambut.

FASAL 7 RUU DNA
KETUA BANK DATA DNA, TIMBALAN KETUA BANK DATA DNA DANA PEGAWAI BANK DATA DNA
Pelantikan Ketua Bank Data DNA, Timbalan Ketua dan pegawai lain.

7. (1) Menteri hendaklah melantik seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Timbalan Pesuruhjaya Polis sebagai Ketua Bank Data DNA Forensik Malaysia bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan itu.

(2) Menteri hendaklah melantik seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis sebagai Timbalan Ketua Bank Data DNA sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini yang hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Ketua Bank Data DNA dan boleh menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi Ketua Bank Data DNA di bawah Akta ini.

(3) Menteri hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai Bank Data DNA sebagaimana yang perlu bagi menjalan maksud Akta ini daripada kalangan anggota pasukan polis, ahli kimia dan pegawai lain daripada atau yang ditempatkan di Jabatan Kimia Malaysia yang hendaklah tertalku kepada kawlan, arahan dan penyrliaan Ketua Bank Data DNA.

(4) Ketua bank Data DNA boleh secara bertulis, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patutu dikenakan, mewakilkan segala atau mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Akta ini kepada Timbalan Ketua Bank DNA atau kepada pegawai Bank Data DNA.

(5) Suatu perwakilan di bawah subseksyen (4) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Ketua Bank Data DNA dan tidak menghalang Ketua Bank Data DNA daripada menjalankan kuasa atau melaksanakan fungsi yang diwakilkan di bawah subseksyen itu.

PINDAAN YANG DICADANGKAN OLEH YB SEGAMBUT
(a) dalam subfasal (1), dengan menggantikan perkataan “seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Timbalan Pesuruhjaya Polis” dengan perkataan “seorang pegawai awam yang hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman dalam sains DNA”.

(b) dalam subfasal (2), dengan menggantikan perkataan “seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pesuruhjaya Polis” dengan perkataan “seorang pegawai awam yang hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman dalam sains DNA”; dan

(c) dalam subfasal (3), dengan menggantikan perkataan “anggota pasuka polis, ahli kimia dan pegawai lain daripada atau yang ditempatkan di Jabatan Kimia Malaysia” dengan perkataan “pegawai awam”.

No comments

Powered by Blogger.