(Panas) Pak Lah pun layan Zee Avi. Korang?


Ini bukan gosip semata-mata, tapi diberitahu sendiri melalui Twitter oleh menantu kesayangan Pak Lah, iaitu Khairy Jamaludin. Khairy menyatakan yang bapa mertuanya mendengar lagu Zee Avi dan kemudian mengarahkan menantu’nya itu untuk men’download lagu Zee Avi ke dalam iPhone milik Pak Lah.

Wah! Begitu hebat penangan Zee Avi ya? Zee Avi juga hanya selepas beberapa ketika popular di Youtube, namanya telah’pun tercalon dalam rangkaian Wikipedia. kalau setakat Wikipedia Malaysia, itu biasa-biasa’ah tapi ini di Wikipedia English. Boleh lihat sendiri di Zee Avi @ Wikipedia.

Sedikit info mengenai Zee Avi. Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman dilahirkan di Miri Sarawak pada tahun 1986. Zee Avi atau nama channel’nya di Youtube, KokoKaina berhijrah ke Kuala Lumpur dari Miri Sarawak ketika berusia 12 Tahun. Zee Avi kemudiannya melanjutkan pelajaran ke American InterContinental University di London dalam jurusan Fashion Designer.

Ramai bukan yang tertanya bagaimana Zee Avi boleh popular? Zee Avi bukan sekadar popular di Malaysia, tetapi kini namanya semakin dikenali dunia. Wanita yang seharusnya mendapat pangkat dari kerajaan dan bukannya wanita seperti Zahida Rafik!!!

Zee Avi men’upload video pertamanya di Youtube bertajuk “No Christmas for Me” di atas permintaan rakannya yang tidak dapat menghadiri show kecil-kecilan Zee Avi di Kuala Lumpur. Menyedari akan bakat yang dimilik gadis ini, Youtube telah mempamerkan video tersebut di muka hadapan Youtube. Dari situ, Zee Avi kemudiannya menerima tawaran rakaman dari Brushfire Records yang akhirnya, membuatkan Zee Avi terus meletup sebagai seorang artis antarabangsa dari Malaysia.

Ada sesiapa lagi yang berani claim Youtube hanya mem’buang masa?

No comments

Powered by Blogger.