UMNO Sebenarnya Anti Islam

Pemuda Umno disifatkan sebagai melampau dan buta sejarah apabila mendakwa bahawa perpaduan di antara PAS dan UMNO seperti persaudaraan di antara Aus dan Khazraj serta Muhajirin dan Ansar. Dakwaan ini menunjukkan kejahilan atau sengaja ingin mengaburi pandangan masyarakat umum.

Persaudaraan diantara aus dan khazraj serta muhajirin dan ansar adalah diatas dasar untuk sama-sama mendokong penubuhan negara islam madinah, namun UMNO sudah diketahui umum merupakan pergerakan yang sama sekali tidak berhasrat untuk melaksanakan Islam.

Dalam ulasan berkaitan kenyataan Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia; Mohd. Apandi semalam yang menyelar kenyataan YAB Menteri Besar Kelantan yang menyifatkan golongan yang bersekutu dengan idea kerajaan perpaduan sebagai 'boneka umno'.

"Dakwaan Apandi yang menyebut bahawa sikap MB Kelantan tersebut sebagai pengkhianatan terhadap islam merupakan kenyataan yang melampau dan bertujuan mengaburi sejarah. Tidakkah Apandi sebagai seorang yang berkelulusan agama menyedari bahawa betapa besarnya perbezaan diantara persaudaraan di antara muhajirin dan ansar dizaman rasulullah s.a.w dengan persekongkolan dengan umno pada hari ini?"

"Jika benar Umno benar-benar berhasrat untuk menegakkan Islam, tanpa perpaduan dengan PAS pun, mereka sudah boleh melaksanakannya. Bahkan Menteri Besar Kelantan berkali-kali membuat penegasan sekiranya UMNO menukar dasar kepada Islam, PAS sudah boleh dibubarkan."

"Tetapi hakikatnya, Umno sendiri tidak pernah berhasrat melaksanakan Islam. Bahkan Islam Hadhari yang diwar-warkan satu masa dahulupun sudah berkubur, dan yang ada sekarang ialah mazhab One Malaysia"

"Sanjungan Apandi terhadap Presiden PAS didalam isu ini juga jelas kelihatan berniat serong. Jika benar Apandi betul-betul menyanjungi Presiden PAS, kita mempelawanya agar bersama-sama dengan PAS dan meninggalkan parti UMNO yang jelas sudah ditolak oleh rakyat".


YB. Hj. Abdul Latiff b. Abdul Rahman
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
ADUN Mengkebang
14 JUN 2009

No comments

Powered by Blogger.