55 Anak Yatim Pelabuhan Klang Terima Sumbangan
Kesunyian menyambut ketibaan Syawal tanpa insan tersayang pastinya mengundang kesedihan kepada mereka yang ditinggalkan, terutama kepada si kecil yang tidak berkesempatan meraikan hari lebaran itu.
Bagaimanapun, kesedihan dan kesunyian tanpa ayah atau ibu di sisi sedikit terubat bagi 55 anak yatim sekitar Pelabuhan Klang kerana masih ada pihak yang bermurah hati menghulurkan sumbangan bagi menceriakan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Kegembiraan jelas terbayang pada wajah Fatin Nor Fatiha Saiful Mazlan, 14, yang menjadi antara penerima sumbangan duit raya pada majlis berbuka puasa bersama rakyat anjuran Dun Pelabuhan Klang yang disampaikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Masjid Ar Rahman Pandamaran Jaya,petang tadi.
Nor Fatiha ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana masih ada pihak yang prihatin terhadap nasib anak yatim seperti mereka yang kebanyakannya terdiri dari keluarga yang kurang berkemampuan.
“Saya bercadang untuk simpan duit ini dalam bank”, katanya ketika ditanya bagaimana mahu menggunakan wang berkenaan.
Beliau yang kehilangan ayah sejak dua tahun lalu kini tinggal bersama ibunya di Bukit Tinggi 1.
Bagi ibu Siti Syafikah, Saayimah Mohd Said, 58 tahun, yang kehilangan suami empat tahun lalu berkata sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantunya membuat persiapan membeli barang keperluan anaknya menyambut Aidilfitri.
“Terharu dan gembiralah untuk dia kan…tak ada bapa.Jadi saya rasa terharu la jugak”
“Untuk dialah,mana yang kita tak mampu belikan untuk dia,keperluan untuk dialah.Biasanya macam tulah,jadi nanti kalau ada lebihan akan simpan untuk dia sekolah tahun depan”katanya.
Turut hadir dalam majlis ini, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang,Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Kiew, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Osman.

No comments
Post a Comment