Amaran Kategori Pertama: Angin Kencang Dan Laut Bergelora
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Jabatan Meterologi Malaysia mengeluarkan amaran tiupan angin kencang dan laut bergelora di perairan Condore, Reef North, Palawan (utara Sabah) dan Layang-Layang sehingga Jumaat ini.
Tiupan angin kencang dari arah barat/barat daya meningkat sehingga 50 kilometer sejam dan ombak setingga 3.5 meter dijangka bahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut, menurut kenyataan jabatan itu.
Selain itu, jabatan itu mengeluarkan amaran ketampakan rendah dengan ketampakan kurang dari lima kilometer yang berlaku di perairan pantai Sarawak (bahagian Kuching, Samarahan, Betong, Mukah dan Bintulu) disebabkan oleh jerebu.
Keadaan itu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini dan adalah berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak mempunyai alat navigasi pelayaran.
Sementara itu, ribut petir di perairan Pahang dan Sarawak (Kuching, Samarahan, Betong) turut dijangka berterusan hingga awal Khamis pagi.
Keadaan tersebut boleh menyebabkan tiupan angin kencang sehingga 40 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil.
-- BERNAM

No comments
Post a Comment