Bagan Pinang Umno Bergelora! Muhyiddin Bagi "Signal" Tak Mahu Isa Sama!
Bagan Pinang: Muhyiddin mahu beberapa nama calon
PUTRAJAYA 10 Sept. — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta UMNO Negeri Sembilan menyenaraikan beberapa nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu penting untuk membolehkan pucuk pimpinan parti membuat penilaian dengan lebih objektif.
“Saya belum terima apa-apa lagi jadi saya tak boleh nak andaikan apa nama atau siapa yang nak dikemukakan, tapi peringkat kepimpinan tertinggi termasuk Perdana Menteri dan saya mengharapkan beberapa nama dikemukakan,” katanya ketika diminta mengulas keputusan UMNO Teluk Kemang yang dilaporkan hanya mahu menyenaraikan nama bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Abdul Samad, yang juga ketua bahagian itu, sebagai calonnya.
- BERNAMA

No comments
Post a Comment