Bantuan bagi mangsa kebakaran di Kampung Tengah Batu 13, Puchong

Beberapa hari yang lalu, saya mendapat berita bahawa berlaku kebakaran di Kampung Tengah Batu 13 (kawasan DUN Kinrara), dan rumah salah seorang penduduk di situ telah habis terbakar. Lantas saya segera menghubungi beberapa organisasi untuk menghulurkan bantuan kepada mereka.

DSC04863 small

Pada pagi ini, saya berkesempatan bertemu dengan penduduk yang berkenaan di lokasi kebakaran tersebut, bersama dengan beberapa orang pegawai Majlis Daerah Petaling, ahli majlis MPSJ dan Pastor Timothy Low dari Eagle Point Church, Puchong Jaya.

DSC04851 small

Saya telah mendapati bahawa hampir semua harta si penduduk telah habis terbakar termasuk peralatan rumah, peralatan berniaga, buku sekolah anak, pakaian sekolah anak dan segala pakaian, termasuk pakaian raya mereka.

DSC04858 small

Untuk meringankan beban mereka, saya telah mempersembahkan cek sebanyak RM2500 kepada penduduk dan juga cek RM1000 kepada jirannya yang telah mengalami kerosakan rumah akibat dari kebakaran tersebut. Wang ini daripada peruntukan DUN Kinrara saya.

Pegawai Majlis Daerah Petaling yang hadir bersama juga telah membawa berita baik bahawa Majlis Daerah Petaling akan memperuntukkan RM30,000 dari bajet Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor untuk membina semula rumah mereka selepas hari raya nanti.

Pastor Timothy Low dari Eagle Point Church, Puchong Jaya (yang memakai kemeja hijau di atas) juga telah menyumbangkan RM2000 dan banyak barang keperluan seharian kepada penduduk yang berkenaan, ehsan daripada gerejanya.

DSC04850 small

(Pastor Timothy Low yang berkemeja hijau, Gary Chong Pembantu Khas DUN Kinrara yang berkemeja hitam, Puan Norhesni Bt Ismail yang memakai baju kuning ahli majlis MPSJ)

Saya amat berterima kasih kepada Majlis Daerah Petaling, ahli majlis MPSJ dan Eagle Point Church kerana begitu cepat respon untuk membantu mangsa kebakaran ini.

Saya telah berjanji kepada penduduk bahawa saya akan melawat mereka sekali lagi apabila rumah baru mereka siap dibina.


http://teresakok.com/2009/09/15/bantuan-kewangan-bagi-mangsa-kebakaran-di-kg-tengah-puchong/#more-3744

No comments

Powered by Blogger.