Bapa Mufti Perlis meninggal dunia

KUCHING 4 Sept. - Jaya Mahli, 73, bapa Mufti Perlis Dr. Juanda Jaya, meninggal dunia di kediaman anaknya di Petra Jaya tengah malam tadi akibat sakit jantung.

Juanda yang berada di sisi bapanya semasa Allhayarham menghembuskan nafas terakhirnya pada 12.40 tengah malam tadi memberitahu, bapanya diserang sakit jantung empat bulan lepas dan dirawat di Hospital Mum Sarawak.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang Kuching selepas solat Jumaat.

Jaya yang berasal dari Igan, Mukah, dan pernah berkhidmat sebagai seorang pendidik selama 38 tahun, meninggalkan 10 orang anak dan 42 orang cucu.

Isterinya meninggal dunia lima tahun lepas.Allahyarham pernah menerima Anugerah Keluarga Mithali daripada Majlis Islam Sarawak dua tahun lalu sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Sarawak.-Bernama

No comments

Powered by Blogger.