Bekas MB Kelantan meninggal dunia

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamad Yaakob meninggal dunia di Hospital Pantai di sini pukul 8 pagi ini akibat sakit kanser.

Beliau yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Negara dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat lalu untuk rawatan kanser yang dihidapinya sejak setahun lalu.

Menurut anaknya, Dr. Idora, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Zuhur. – Utusan

No comments

Powered by Blogger.