EGM MCA mungkin 10 Okt.

KUALA LUMPUR 15 Sept. — Mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA yang tunggal untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi parti berikutan pemecatan timbalan presiden, Dr. Chua Soi Lek bulan lepas dikatakan telah ditetapkan pada 10 Okt ini.

Sumber-sumber memberitahu tarikh 10:10 itu dipilih kerana ia dianggap angka yang baik yang akan turut menentukan masa depan politik presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.