Hadiah Pelantikan Semula Musa UMNO Dari Samseng!

1 mati, 2 cedera diserang ala mafia


Polis memeriksa mayat Vinod yang mati diserang di Selayang Jaya kelmarin.

GOMBAK - Cemburu atau kerja kongsi gelap. Mungkin itu gambaran awal kejadian trio lelaki yang nekad menyerang lima sahabat yang minum di sebuah kedai makan tiga tingkat di Jalan SJ 17, Selayang Jaya di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 11.15 malam, serangan ala mafia itu berlaku apabila tiga lelaki masing-masing berparang panjang terus menetak tiga daripada lima sahabat itu.

Dua daripada mereka yang sedang minum sambil berbual itu sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, seorang mangsa, M. Vinod, 19, mati di tempat kejadian akibat putus tiga jari kiri manakala kaki dan mukanya pula hancur ditetak bertubi-tubi.

Menurut beliau, dua lagi rakan Vinod iaitu R. Kumar, 23, dan K. Rama, 36, cedera parah masing-masing di bahu dan muka.

"Semasa kejadian lima sahabat itu duduk di sebuah meja yang diletakkan di luar kedai makan itu.

"Tiba-tiba sebuah kereta Kia Spectra warna hitam berhenti berdekatan meja yang diduduki lima sahabat itu sebelum tiga lelaki turun dan menyerang mereka," kata beliau di sini semalam.

No comments

Powered by Blogger.