Hari Kemerdekaan Di Selangor Disambut Secara Sederhana
SHAH ALAM, 31 Ogos - Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, Hari Merdeka ke- 52 agak berbeza kerana pada tahun ini ianya diraikan dalam bulan Ramadan serta dalam keadaan berwaspada, ekoran penularan wabak selsema H1N1.
Malah sambutan hari yang penuh bersejarah ini di peringkat nasional juga turut dibuat secara sederhana dan ringkas di perkarangan bangunan Parlimen.
Walaupun Kerajaan Negeri Selangor tidak menganjurkan perarakan dan perbarisan untuk hari kemerdekaan ini, namun pelbagai program kerohanian dan ilmiah sudah diatur bagi tujuan itu.
Tinjauan TVSelangor mendapati orang ramai memahami situasi pada masa ini, tetapi merasa agak sunyi dan mengambil peluang membeli-belah sebagai persediaan Aidilfitri di Kompleks PKNS, Shah Alam.
“Memang kita tiap-tiap tahun kita buat sambutan Merdeka, memang kita selalu mempromosikan barang-barang kita, seperti barang-barang untuk orang Melayu kita selain untuk barang-barang untuk lelaki, kanak-kanak dan wanita. Untuk tahun ini saya rasa belia-belia yang melepak di luar sana amat berkurangan bukan bermakna menjadi sifar tapi memang amat berkurangan, jadi saya amat berpuas hati”, kata pemilik Butik Azee Collection, Masri Mohd Hanafiah.
“Kehendak saya kali ini agar kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi sekarang ni berterusan sehingga selama-lamanya dan semakin banyak lagi kemajuan yang kita capai untuk meningkatkan taraf hidup terutamanya bangsa Malaysia tak kira orang itu Melayu, Cina, India atau sebagainya,” kata pengunjung Kompleks PKNS, Abdul Halim Abu Mansor.
Sambutan tahun ini lebih tertumpu kepada program yang dianjurkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, menjelang detik 12 tengah malam 31 Ogos, malam tadi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments
Post a Comment