Insya ALLAH. MIC, MCA dan UMNO akan Lenyap

1. Sepertimana dijangka, calon pilihan Datuk Seri Samy Vellu Sangalimuthu (Samy Vellu) untuk kerusi Timbalan Presiden, Datuk G. Palanivel telah dipilih semula oleh perwakilan MIC dalam pemilihan parti petang tadi. Beliau telah mengalahkan Datuk S. Subramaniam dengan majoriti 82 undi.

2. Barisan Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pusat pilihan Samy Vellu juga terpilih.

3. Samy Vellu sendiri telah menang tanpa bertanding awal-awal lagi.

4. Sehingga tahun ini, Samy Vellu telah memimpin MIC selama 30 tahun iaitu sejak 1979. Tempoh 30 tahun adalah jangka masa yang lama. Maka, tidak hairanlah jika ramai mengakui bahawa Samy Vellu adalah pemimpin masyarakat India yang hebat. Bukan mudah untuk bertahan selama 3 dekad.

5. Namun pemimpin yang hebat juga perlu tahu bila tarikh yang sesuai untuk berundur. Tersilap memilih tarikh berundur bererti menempah cercaan dan kejian yang berterusan. Samy Vellu perlu belajar dari Tun Mahathir dalam soal ini.

6. Pada PRU 12 yang lalu, MIC telah kalah teruk termasuk Samy Vellu tumbang secara mengejut. Pertama kali dalam sejarah, MIC disanggah oleh masyarakat India.

7. PRU 13 pula akan berlangsung dalam masa dua atau tiga tahun lagi.

8. MIC mungkin akan menjadi parti komponen BN yang pertama dimusnahkan jika Samy Vellu terus berkuasa sehingga saat itu. Kemusnahan MIC akan memberikan kesan yang besar kepada Barisan Nasional.

9. Maka, apakah tindakan Najib selaku Pengerusi BN? -hasbiemuda

No comments

Powered by Blogger.