“Kalungan selipar": Muhyiddin mahu Samy Vellu ambil tindakan

PUTRAJAYA 15 Sept. — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mengambil tindakan terhadap mereka yang mencadangkan meletakkan “kalungan selipar” pada gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menegaskan yang kenyataan itu adalah biadap dan tidak menghormati pemimpin, beliau berkata lebih cepat tindakan diambil adalah lebih baik.

“Ini kerana kita tidak mahu hanya disebabkan satu dua pandangan akan mengeruhkan hubungan antara komponen BN (Barisan Nasional).

“Penting di peringkat ini kita (parti komponen BN) mengukuhkan soal perpaduan, bagaimana untuk mengukuhkan Barisan Nasional dan saling membantu, dan jika ada pandangan sebegitu, pihak parti yang berkenaan harus bertindak untuk tidak mengeruhkan keadaan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai hala tuju pengajian aliran agama di sini hari ini.

- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.