Kerana Hutang RM218 juta ahli Umno terhalang masuk syurga

Mungkin pemimpin Umno hari ini boleh menarik nafas lega buat seketika selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anantham Kasinater telah membatalkan saman Elegant Advisory Sdn Bhd terhadap Umno bernilai RM218 juta kerana mendapati dakwaan mereka tidak mempunyai asas dan tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.

Elegant Advisory Sdn Bhd menyaman Umno kerana gagal membuat bayaran setelah membekalkan kepada Umno barangan pilihan raya dan penerbitan selain menyediakan pengangkutan bagi pilihan raya umum ke11 pada 2004. Kesemuanya bernilai RM 218 juta.

Mungkin Hakim tidak faham soal dosa pahala, tetapi Umno pasti tahu akan hal ini dan sedar memang mereka ada membuat tempahan dan menggunakan barang yang dibekalkan oleh syarikat berkenaan. Jika tiada asas, mustahil Elegant Advisory meneruskan saman tersebut.

Jadi kepada ahli-ahli Umno sekalian beringat-ingatlah bahawa Allah sesekali tidak akan membiarkan perkara ini. Ini adalah satu penganiayaan yang besar, apatah lagi keputusan yang menyedihkan ini berlaku dalam bulan Ramadhan.

Saya pernah menulis tentang perkara ini dan Rasulullah pernah mengingatkan, bahawa;

“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)”
( Riwayat Muslim, 6/38)

“Barangsiapa yang meminjam harta orang lain (hutang) dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya (hutang) dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya (dibalas dengan hukuman dunia atau neraka akhirat)”
( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Dua hadis diatas jelas satu peringatan buat orang-orang Umno. Hari ini kamu mungkin ketawa kerana mahkamah membatalkan saman itu. Tapi ingatlah, kamu akan dituntut diakhirat kelak dan syurga belum pasti buat kamu, sedang pintu neraka sudah siap dibuka untuk kamu.herman samsudin

No comments

Powered by Blogger.