Kesian Muhyiddin! Nasib Engkau La Pengkhianat Negara!
Muhyiddin tawar diri jadi orang tengah kemelut politik Terengganu
HULU TERENGGANU: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini menawarkan diri menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut politik di Terengganu yang sudah berlarutan sejak selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sedia bersemuka dengan pemimpin-pemimpin Umno yang terbabit kerana berpendapat kemelut itu lebih kepada masalah peribadi.
Katanya, sejak beberapa bulan lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan timbalannya, Datuk Ahmad Said yang juga Menteri Besar, telah melakukan pelbagai inisiatif bagi memperbaiki keadaan tersebut.
"Saya lihat sudah ada penambahbaikan situasi sekarang berbanding dahulu. Namun begitu, saya nyatakan kesediaan saya untuk membantu mana yang difikirkan perlu kalau ada perkara-perkara tertentu yang perlu dibereskan.
"Sama ada membabitkan isu politik atau kerajaan dengan kerjasama Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Besar...lepas hari raya atau bila masa yang sesuai," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin empat peringkat Umno Terengganu di pejabat Umno Bahagian Hulu Terengganu di sini hari ini. - Bernama

No comments
Post a Comment